KUALA LUMPUR: Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik naik satu anak tangga ke kedudukan kedua dalam ranking terbaharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini selepas meraih 84,518 mata daripada 16 kejohanan yang disertai mereka.
Berdasarkan kedudukan ranking terbaharu itu, Aaron-Wooi Yik kini berada di belakang pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto yang kekal sebagai gandingan nombor satu dunia dengan 92,855 mata.
Kejayaan muncul naib juara Terbuka India di New Delhi pada Ahad lepas (22 Jan) membantu Aaron-Wooi Yik untuk meraih kedudukan tertinggi dalam kerjaya mereka.
Manakala pasangan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tergelincir satu anak tangga ke kedudukan sembilan dunia.
Gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pula terkeluar daripada kelompok 10 terbaik apabila turun satu tangga ke kedudukan 11 dunia susulan prestasi kurang memberangsangkan apabila tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia dan Terbuka India.
Dalam pada itu, beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah melonjak dua anak tangga untuk berada pada kedudukan enam dunia apabila berjaya meraih 69,955 mata daripada 16 kejohanan yang disertai.
Sementara itu, pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia terpaksa akur apabila ranking dunianya jatuh dua anak tangga ke kedudukan empat dunia susulan dua kekalahan berturut-turut di pusingan awal pada kejohanan musim ini dengan 76,588 mata.
Pemain berusia 25 tahun itu ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia selepas tewas kepada Kodai Naraoka dari Jepun awal bulan ini dan tersungkur di pusingan kedua Terbuka India, minggu lepas selepas tewas kepada pemain China, Li Shi Feng.
Tempat Zii Jia kini diisi pemain Indonesia Anthony Sinisuka Ginting manakala seorang lagi wakil Indonesia Jonatan Christie memanjat satu anak tangga untuk berada di kedudukan ketiga dunia.
Viktor Axelsen dari Denmark kekal dengan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2023

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik naik satu anak tangga ke kedudukan kedua dalam ranking terbaharu BWF hari ini selepas meraih 84,518 mata daripada 16 kejohanan yang disertai mereka. - Gambar fail BERNAMA

UEM Sunrise gagal muktamad pembelian tanah bernilai RM384 juta berhampiran KLCC
Nipponkey Sdn Bhd akan membayar balik deposit kepada Lucky Bright Star, termasuk sebarang faedah terakru, dalam tempoh 14 hari.

Gempa Turkiye: Saya masih trauma - Pelajar Malaysia
Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di Universiti Gaziantep berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen.

Tiada penyelewengan wang zakat MAINS - SPRM
Siasatan berhubung isu berkenaan telah selesai pada 2019 dan mendapati tidak menemukan jenayah rasuah.

Pantau Kerajaan Baharu | Impak Lawatan PM Ke Thailand

Jo Ghani desak Goldman Sachs segera bayar hutang 1MDB kepada kerajaan Malaysia
Perjanjian antara bank pelaburan AS dan kerajaan Muhyiddin menjangkakan Malaysia menerima jumlah itu dalam aset 1MDB menjelang 2025.

AWANI Ringkas: Menu Rahmah tidak libatkan perbelanjaan kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

14 maut trak menyeludup migran terbalik
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Ibu lapor polis guru dorong anak masuk Islam
Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini dan beberapa orang saksi telah dirakam percakapan.

Banjir: 273 mangsa masih berlindung di lapan PPS
Sebanyak 273 mangsa banjir masih berada di lapan PPS di tiga negeri yang terjejas setakat 8 pagi ini.

Niaga AWANI: Mesyuarat Kabinet | Wujudkan hospital lapangan di Turkiye
Selain misi bantuan oleh Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Malaysia merancang mewujudkan hospital lapangan atau field hospital di Turkiye, susulan gempa bumi yang melanda negara itu dua hari lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media pasca mesyuarat kabinet pada Rabu memaklumkan, bantuan ke Syria juga akan diselaraskan melalui Pertubuhan Palang Merah.

Aaron-Wooi Yik nombor dua dunia, Zii Jia turun dua anak tangga
Aaron Chia-Soh Wooi Yik naik satu anak tangga dalam ranking terbaharu BWF selepas meraih 84,518 mata daripada 16 kejohanan yang disertai mereka.

Keluarga Aaron-Wooi Yik bangga, anggap kemenangan hadiah Hari Kebangsaan
Keluarga Aaron Chia-Soh Wooi Yik bersyukur pasangan beregu itu masyhurkan nama negara menjelang Hari Kebangsaan.

Agong, Raja Permaisuri ucap tahiah kepada Aaron- Wooi Yik
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong zahir rasa sukacita dan bangga dengan pencapaian Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.

PM ucap tahniah Aaron-Wooi Yik juara pertama Malaysia di Kejohanan Badminton Dunia
Ismail Sabri berkata kejayaan itu merupakan hadiah yang cukup bermakna buat negara sempena Hari Kebangsaan 2022, tidak lama lagi.

Sukan Komanwel: Aaron- Wooi Yik kalahkan Peng Soon-Kian Meng untuk gangsa
Chan Peng Soon-Tan Kian Meng memberi tentangan sengit sebelum akhirnya Aaron-Wooi Yik muncul pemenang.