KUALA LUMPUR: Cabaran pasukan tuan rumah di saingan Petronas Terbuka Malaysia berakhir pada malam ini, selepas beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di pusingan separuh akhir.
Hasrat beregu di kedudukan keenam dunia untuk mencipta kejutan menentang Juara Dunia 2021, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi tidak kesampaian apabila tewas 23-21, 9-21 di Arena Axiata di sini hari ini.
Walaupun memberikan tentang sengit dan mendahului 18-14 pada set pertama, namun mereka gagal mengambil peluang itu untuk mencipta kemenangan, manakala set kedua menyaksikan beregu Jepun menguasai perlawanan dari awal lagi.
Kekalahan kepada beregu kedua negara itu, turut menyaksikan Aaron-Wooi Yik, yang juga pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020 masih kempunan untuk meraih gelaran Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sulung mereka.
Satu-satunya gelaran beregu lelaki (tidak termasuk acara berpasukan) yang pernah dimenangi oleh Aaron-Wooi Yik setakat ini adalah pingat emas Sukan SEA 2019 di Filipina, manakala mereka juga pernah terkandas di final enam Jelajah Dunia, termasuk All England 2019 dan Terbuka Thailand 2020.
"Kita memang sedang mendahului ketika mata penting pada set pertama, tetapi masalah yang sama sentiasa berulang. Kita kena kenal pasti kenapa ia terjadi dan menyelesaikan masalah itu," kata Aaron kepada pemberita.
Mereka mara ke pusingan separuh akhir selepas menyingkirkan beregu veteran Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-13, 20-22, 21-19 semalam.
Terdahulu, satu lagi beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tewas 14-21, 12-21 kepada beregu ranking ketujuh dunia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia.
Kali terakhir wakil Malaysia merangkul gelaran beregu lelaki di kejohanan tersebut adalah pada edisi 2014, apabila Goh V Shem-Lim Khim Wah muncul juara.
Sebagai ganjaran mara ke separuh akhir, setiap beregu akan menerima wang hadiah kemenangan sebanyak US$9,450 (lebih kurang RM41,600).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 02 2022
Hasrat Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mencipta kejutan menentang Takuro Hoki-Yugo Kobayashi tidak kesampaian apabila tewas 23-21, 9-21 di Arena Axiata di sini hari ini. - Gambar fail/ Bernama
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Axelsen berazam kembali 'gerunkan' lawan pada Paris 2024
Beliau yakin beliau akan kembali pada tahap terbaiknya untuk temasya sukan terbesar dunia itu dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Se Young lakar sejarah buat Korea dengan gelaran Terbuka Malaysia
Pemain wanita nombor satu dunia, An Se Young mencatatkan sejarah sebagai pemain Korea Selatan pertama memenangi gelaran Terbuka Malaysia.
Terbuka Malaysia: Harapan Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran negara punah
Kemarau kejuaraan dalam kejohanan terbuka di laman sendiri masih lagi tiada noktahnya.
Tujuh wakil negara mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia
Chan Peng Soon-Cheah Yee See jadi wakil terakhir negara mara ke pusingan 16 selepas menewaskan wakil Taiwan, Chang Ko-Chi-Lee Chih Chen.
Cabaran negara dalam perseorangan lelaki berakhir di Terbuka Malaysia
Cabaran negara pada acara perseorangan lelaki terpaksa berakhir lebih awal apabila Ng Tze Yong menarik diri ketika menentang pemain Jepun, Koki Watanabe pada pusingan pertama Terbuka Malaysia.
Paris 2024: Zii Jia terap elemen Perancis dalam latihan
Zii Jia berlatih bersama Toma Junior Popov dan Christo Popov bagi mendapatkan pengalaman berdepan pemain dengan corak permainan berbeza.
Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mampu rangkul gelaran terbuka Malaysia 2024 - Chong Wei
Chong Wei optimis Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, masing-masing mampu mencipta magis merangkul gelaran juara pada Terbuka Malaysia 2024, di Axiata Arena esok.
Rexy harap pemain negara tamatkan kemarau enam tahun kejuaraan Terbuka Malaysia
Pemain negara seharusnya tidak melepaskan peluang untuk memburu gelaran Jelajah Dunia Super 1000 itu sekali gus kembali menjejak podium tertinggi di laman sendiri sejak 2018.
Aaron sasar permulaan positif di Terbuka Malaysia 2024
Aaron Chia berharap dapat mengharungi kempen musim ini dengan sempurna, bermula dengan prestasi positif di kejohanan Terbuka Malaysia 2024 pada 9 hingga 14 Jan ini.
'Sepatutnya sudah ada satu kejuaraan'
Katanya, BAM perlu lakukan sesuatu untuk pemain negara bangkit, sekali gus mencipta kejuaraan dalam kejohanan akan datang.