KUALA LUMPUR: Juara dunia beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas pada peringkat suku akhir Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena di sini, semalam.
Pilihan kedua kejohanan itu gagal mempamerkan prestasi terbaik mereka apabila dikejutkan pilihan kelapan Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dari Indonesia, 18-21, 19-21 selepas 52 minit.
Wooi Yik yang kecewa, mengakui aksi Leo-Daniel lebih baik semalam dan mereka lebih bersedia.
"Kami tidak cukup sabar. Kami telah cuba yang terbaik namun mereka lebih baik," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.
Ditanya mengenai misi seterusnya, Wooi Yik berkata mereka tidak akan menyertai Terbuka Thailand di Bangkok pada 30 Mei-4 Jun ini dan kembali beraksi pada Terbuka Singapura pada 6-11 Jun.
Sementara itu, Leo-Daniel akan menentukan tempat ke final dengan menentang satu lagi beregu kebangsaan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.
Terdahulu, Wei Chong-Kai Wun membuat kejutan dengan mengejutkan bekas juara dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia 23-21, 21-17 yang juga merupakan kemenangan terbesar dalam kerjaya mereka setakat ini.
Selain itu, beregu profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi juga gagal mara ke pusingan seterusnya selepas tewas kepada beregu Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 21-15, 16-21, 14-21.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023

Aksi Aaron-Wooi Yik ketika menentang pasangan Leo-Daniel pada pusingan suku akhir Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 26 Mei 2023. --fotoBERNAMA

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman
PDRM mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Wei Chong-Kai Wun ada peluang ke Olimpik Paris - Bin Shen
Man Wei Chong-Tee Kai Wun berpeluang merebut slot Sukan Olimpik 2024 sekiranya mampu mengekalkan prestasi di Masters Malaysia 2023.

Jurulatih kagum kekentalan Pearly-Thinaah di Masters Malaysia
Semangat juang yang tinggi tetap diperagakan pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu.

Prannoy raih gelaran sulung jelajah dunia
Pemain perseorangan lelaki India H.S Prannoy menamatkan penantian untuk merangkul kejuaraan Jelajah Dunia pertamanya selepas menang dalam aksi final Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena, hari ini.

Masters Malaysia: Wei Chong-Kai Wun beri aksi penutup kejohanan dengan penuh dramatik
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menamatkan cabaran mereka di pentas final Kejohanan Badminton Masters Malaysia dengan kejayaan muncul sebagai naib juara.

Masters Malaysia: Semangat juang Pearly-Thinaah tawan hati rakyat Malaysia
Pearly Tan-M Thinaah, menamatkan perjalanan penuh cemerlang dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila dinobat sebagai naib juara di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Badminton Masters Malaysia: Misi memburu kejuaraan
Dua wakil Malaysia, Pearly Tan-M Thinaah dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun bakal beraksi di pentas final Masters Malaysia 2023 petang ini.

Masters Malaysia: Rexy Mainaky berang pengadil hentikan permainan ketika rally berjalan
Pengadil menghentikan permainan kerana mendakwa terdapat komunikasi di antara jurulatih dan pemain Jepun pada waktu itu.

Aaron-Wooi Yik terlepas separuh akhir Masters Malaysia
Gagal pamer prestasi terbaik, mereka dikejutkan pilihan kelapan Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dari Indonesia selepas 52 minit.

Wei Chong-Kai Wun tewaskan 'The Daddies' untuk layak ke separuh akhir
Pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun mengejutkan bekas juara dunia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia, pada suku akhir Masters Malaysia 2023.

Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Masters Malaysia
Beregu wanita utama negara itu melakukan kejutan dengan menewaskan beregu pilihan keempat daripada Jepun, Yuku Fukushima-Sayaka Hirota.