awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aaron-Soh Wooi teruskan kemaraan Malaysia di Paris

Sinar Harian
Sinar Harian
08/03/2024
02:00 MYT
Aaron-Soh Wooi teruskan kemaraan Malaysia di Paris
Kemenangan ke atas Lee Fang-chih- Lee Fang-jen dari Taiwan membolehkan Aaron-Wooi Yik (gambar) menempah slot menentang beregu Korea Selatan, Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae. - Foto Facebook BAM
BEREGU lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik tenang meneruskan cabaran Malaysia dalam Kejuaraan Badminton Terbuka Perancis Super 750 pada Jumaat.
Aaron-Wooi Yik berstatus nombor lima dunia lulus ujian kedua selepas mengatasi gandingan nombor 25 dari Taiwan, Lee Fang-chih- Lee Fang-jen, 21-16, 21-18 dalam masa 39 minit.
Kemenangan itu membolehkan Aaron-Wooi Yik menempah slot menentang beregu Korea Selatan, Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae yang menyingkirkan cabaran wakil China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu, 21-18, 21-10.
Bagaimanapun cabaran satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun berakhir di pusingan kedua selepas tewas kepada Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.
Pasangan berstatus nombor 18 dunia itu tewas kepada gandingan nombor satu dunia dari India tersebut 13-21, 12-21 dalam aksi 32 minit.
Sebelum itu, perjuangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tersekat selepas tewas kepada pasangan nombor empat dunia Feng Yanzhe-Huang Dongping dari China.
Pasangan kesembilan dunia itu tewas 18-21, 14-21 dalam perlawanan pusingan kedua di Arena Porte de la Chapelle di Paris.
Ini kekalahan kedua pasangan negara kepada produk China itu selepas tewas 10-21, 13-21 dalam Jelajah Dunia Akhir 2023. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#badminton
#Terbuka Perancis
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan