awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024

Bernama
Bernama
11/12/2024
21:30 MYT
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ahmad Zahid bergambar bersama penerima anugerah Olimpian tahunan bagi tahun 2020 hingga 2024 pada Malam Anugerah MOM ke-27 malam tadi. Turut hadir, Hannah Yeoh (empat, kanan) dan Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (empat, kiri). -- fotoBERNA
KUALA LUMPUR: Kejayaan cemerlang beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Sukan Olimpik Paris 2024 melayakkan mereka dinobatkan pemenang Olimpian Tahunan pada Malam Anugerah Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ke-27.
Anugerah berkenaan mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan pasangan Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dalam aksi penentuan tempat ketiga.
"Anugerah ini memberi motivasi kepada kami untuk terus berjuang demi negara," menurut Aaron dalam satu rakaman video yang disiarkan pada majlis berkenaan.
Pasangan kelima dunia itu tidak hadir kerana menggalas cabaran negara pada Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China, dan melepasi halangan pertama menewaskan wakil tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu 17-21, 21-18, 21-15.
Malam Anugerah MOM kembali untuk edisi ke-27, selepas kali terakhir dianjurkan pada 2019 susulan pandemik COVID-19, turut mengangkat pemenang anugerah Olimpian Terbaik dalam temasya sukan utama yang berlangsung dari 2020 hingga 2024.
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang turut diangkat sebagai Pemenang Olimpian Tahunan untuk temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas meraih pingat perak dalam acara keirin pada Ogos 2021.
Badang negara Mohamad Aniq Kasdan dan jaguh skuasy S Sivasangari masing-masing dipilih sebagai Olimpian Tahunan bagi Sukan Komanwel Birmingham dan Sukan Asia Hangzhou 2022 bagi kategori lelaki dan wanita.
Kesemua pemenang Olimpian Tahunan menerima wang tunai dan plak yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Sementara itu, Tang Kwai Mae atau lebih dikenali Mae Chen dipilih sebagai pemenang Anugerah Wanita dan Sukan MOM atas sumbangan hampir dua dekad dalam memajukan sukan akuatik negara.
Bekas Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Allahyarham Datuk Abu Samah Abd Wahab antara 20 individu baharu yang dimasukkan dalam Dewan Kemasyhuran MOM.
Selain itu, 23 persatuan sukan kebangsaan turut diberikan penghargaan atas sumbangan mereka dalam membantu kontinjen Malaysia mencapai kejayaan dan meraih pingat emas dalam pelbagai temasya sukan.
SENARAI PEMENANG ANUGERAH MOM KE-27
Induksi Dewan Kemasyhuran
Pegawai: 1. Datuk S. Vegiyathuman - Olahraga 2. Allahyarham Datuk Abu Samah Abd. Wahab - Berbasikal
Atlet: 3. Khoo Chong Beng - Olahraga 4. Mendiang Nellan Vellasamy - Golf
Pasukan:
Pasukan Hoki Wanita, Temasya Sukan Asia ke-9 Delhi 1982 5. Mary Soo 6. Maheswari Kanniah 7. Mary Lim 8. Teh Siew Bee 9. Elizabeth Gomez 10. Aninie Yew 11. Rawiyah Rawi 12. Asma Amin 13. Halimathon Yaacob 14. Norizan Abd Majid 15. Noorlaila Senawi 16. Christina Chin 17. Yuen Lai Heng 18. Lum Sau Foong 19. Mendiang Daphne Boudville 20. Mendiang Goh Joo Phaik
Pemenang Anugerah Wanita & Sukan 2024 1. Mae Chen
Pemenang Anugerah Pencapaian Persatuan 1. Persekutuan Renang Malaysia 2. Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia 3. Kesatuan Olahraga Malaysia 4. Persatuan Badminton Malaysia 5. Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia6. Persekutuan Bina Badan Malaysia 7. Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia8. Malaysia Dancesport Federation 9. Persatuan Ekuestrian Malaysia 10. Konfederasi Hoki Malaysia 11. Persatuan Golf Malaysia 12. Persekutuan Gimnastik Malaysia 13. Persekutuan Karate Malaysia 14. Persatuan Muaythai Malaysia 15. Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia 16. Persekutuan Sukan Boules Malaysia 17. Persatuan Pelayaran Malaysia 18. Persatuan Sepaktakraw Malaysia 19. Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia 20. Persatuan Skuasy Malaysia 21. Taekwondo Malaysia 22. Persekutuan Angkat Berat Malaysia 23. Persekutuan Wushu Malaysia
Senarai Pemenang Olimpian Tahunan:
Pemenang Olimpian Tahunan bagi Temasya Sukan SEA Vietnam 2021 :
Kategori Lelaki – Juwaidi Marzuki (Memanah)
Kategori Wanita – Nur Dhabitah Sabri OLY (Terjun)
Pemenang Olimpian Tahunan bagi Temasya Sukan SEA Kemboja 2023:
Kategori Lelaki – Khiew Hoe Yan OLY (Renang)
Kategori Wanita – Tan Cheong Min (Wushu)
Pemenang Olimpian Tahunan bagi Temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022:
Kategori Lelaki – Aniq Kasdan OLY (Angkat Berat)
Kategori Wanita – Ng Joe Ee (Gimnastik)
Pemenang Olimpian Tahunan bagi Temasya Sukan Asia Hangzhou 2022:
Kategori Lelaki – Ng Eain Yow (Skuasy)
Kategori Wanita – S Sivasangari (Skuasy)
Pemenang Olimpian Tahunan bagi Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020:
Datuk Azizulhasni Awang OLY (Berbasikal Trek)
Pemenang Olimpian Tahunan bagi Temasya Sukan Olimpik Paris 2024:
Aaron Chia-Soh Wooi Yik OLY (Badminton)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#Olimpian Tahunan 2024
#Malam Anugerah MOM
#Majlis Olimpik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan