Atlet lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly memutuskan untuk tidak menyertai Kejohanan Olahraga Para Grand Prix Paris hujung bulan ini, bagi memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi Kejohanan Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), November ini.
Pada masa yang sama, pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 itu juga berhasrat untuk mewakili negara ke Sukan SEA di Filipina buat kali kedua, selepas melakukannya di Kuala Lumpur pada edisi 2017.
Abdul Latif berkata perkara tersebut telah dibincangkan bersama jurulatihnya Syahrul Amri Suhaimi termasuk untuk menyertai Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia yang juga medan terakhir para atlet olahraga mencari kelayakkan ke temasya dwitahunan itu.
"Saya memang sudah bincang dengan jurulatih untuk tidak mahu keluar (menyertai) kejohanan anjuran Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), tetapi saya akan berikan prestasi terbaik saya di Kejohanan Dunia, November nanti," katanya ketika ditemui di Program Ibadah Korban Majlis Sukan Negara (MSN), di Vista MSN, hari ini.
Untuk rekod, Abdul Latif memperbaharui rekod dunia dengan jarak 7.64m dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) pada temasya Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, memadam catatan lamanya 7.60m yang dilakukan di Rio 2016.
Sementara itu, Abdul Latif berkata Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia yang bermula Jumaat ini merupakan platform terbaik untuk melayakkan diri ke Sukan SEA.
Namun, atlet kelahiran Perlis itu tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi memandangkan beliau sekadar melakukan catatan terbaik peribadi musim ini 7.49m berbanding 7.75m had kelayakan yang ditetapkan untuk ke Filipina.
"Status saya masih belum layak untuk ke Sukan SEA 2019. Saya punya catatan musim terbaik tahun ini 7.49m dan saya akan cuba sehabis mungkin untuk layak ke Sukan SEA kali ini.
"Saya tidak berani letak harapan tinggi, sebab kadang-kadang setiap kejohanan macam-macam boleh berlaku, jadi saya punya sasaran untuk Ahad ini ialah dapat (buat lompatan sejauh) 7.60m ke atas, itu pun sudah syukur kerana dapat momentum lompatan itu semula," katanya
Abdul Latif merupakan antara dua atlet yang mencatat sejarah sebagai atlet para pertama menyertai temasya dwitahunan terbesar di Asia Tenggara itu dengan penampilan sulung di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, namun gagal meraih kedudukan podium.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 14 2019
Untuk rekod, Abdul Latif memperbaharui rekod dunia dengan jarak 7.64m dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) pada temasya Sukan Para Asia 2018 di Jakarta. - Gambar fail
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
Paralimpik Paris 2024: Kecederaan otot perut jejas emas hatrik Latif Romly
Latif mula mengesan kecederaan tersebut sewaktu menjalani latihan di Paris sehingga mengakibatkannya sukar bernafas.
Kereta dicuri, emas pengganti duka Abdul Latif
Atlet kelahiran Perlis itu kehilangan kereta beberapa minggu sebelum berlepas ke bumi Hangzhou.
Sukan Para Asia: Ketampanan Abdul Latif jadi 'kegilaan'
Ketampanan jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly mencuri perhatian ramai terutama kaum wanita ketika acara larian obor temasya Sukan Para Asia 2022, di sini hari ini.
Abdul Latif raih emas di Paris, layak ke Sukan Paralimpik 2024
Abdul Latif menjadi atlet para kedua layak ke Paris selepas Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat perak acara lontar peluru.
Latif Romly kini bergelar suami
Atlet paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly, 25, kini bergelar suami kepada Nurul Nabila Farhana, 25, dalam sebuah majlis ijab kabul yang diadakan pagi tadi.
Abdul Latif 'terbang' tinggi di APG, bakal tamatkan zaman bujang
Abdul Latif membuat lompatan sejauh 7.20 meteruntuk memastikan beliau membawa pulang emas dalam setiap penampilannya sejak edisi 2013 di Myanmar.
Abdul Latif seakan tidak percaya terima gelaran Datuk
Anak jati Perlis itu bersyukur kerja kerasnya selama ini berbaloi dan dihargai seluruh negara.
Abdul Latif terima insentif RM150,000 daripada kerajaan negeri Perlis
Jaguh lompat jauh negara Abdul Latif Romly menerima insentif berjumlah RM150,000 daripada Kerajaan Negeri Perlis sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan beliau.
Kakak rahsiakan keluarga dijangkiti COVID-19 daripada Latif Romly
Rahayu dan empat anaknya disahkan positif koronavirus bulan lalu sehingga terpaksa dibawa ke PKRC di MAEPS Serdang sebelum dibenarkan pulang Khamis lalu.
Abdul Latif hanya balik rumah selepas jalani pemulihan
Abdul Latif Romly hanya akan pulang selepas menjalani rawatan pemulihan bagi kecederaan pangkal paha ke rumahnya di Beseri, Perlis.