awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0

Bernama
Bernama
05/11/2024
15:54 MYT
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
Pemain JDT Arif Aiman meraikan gol pertama ketika menentang Ulsan HD FC pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) Elite di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. - Foto BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim di sini malam ini.
Skuad Harimau Selatan berjaya mendapatkan jaringan pendahuluan seawal minit kelapan, apabila Arif Aiman Mohd Hanapi dengan mudah mencuri bola akibat kelekaan barisan pertahanan pelawat, sebelum melepaskan rembatan leret dari sebelah kanan ke kiri gawang.
Ulsan HD di bawah kendalian bekas ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon hampir mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-52, namun rembatan deras Yun Illok hanya mengenai palang gol pasukan JDT.
Arif Aiman pula mendapat peluang meledak gol kedua pada minit ke-60 apabila gandingannya bersama penyerang import dari Brazil, Bergson Da Silva hampir membuahkan hasil, namun penjaga Jo Hyeon-Woo telah menafikan percubaan itu.
JDT, bagaimanapun, berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-67 apabila rembatan pemain import dari Sepanyol, Oscar Arribas dari luar kotak penalti terbias tinggi, sebelum menjunam terus ke dalam pintu gol Ulsan HD.
Bergson kemudian menambah derita buat anak buah Pan Gon apabila rembatannya pada minit ke-88, menerjah jaring pasukan gergasi dari Korea Selatan itu, yang masih mencari kemenangan pertama selepas empat aksi setakat ini.
Skuad Harimau Selatan dijadual bertemu kelab China, Shandong Taishan FC di Jinan Olympic Sports Center pada aksi seterusnya, 26 Nov ini.
JDT, yang sebelum ini terikat 2-2 menentang Shanghai Port, menang 3-0 ke atas Shanghai Shenhua dan tewas 1-3 kepada Gwangju FC dari Korea Selatan, berada di tempat ketiga carta dengan tujuh mata, dibezakan tiga mata berbanding pendahulu Vissel Kobe dari Jepun, manakala Ulsan HD berada di kedudukan tercorot antara 12 pasukan.
Hanya lapan pasukan teratas selepas lapan aksi peringkat liga, akan mara ke pusingan 16 teratas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ACLE
#JDT
#juara Liga K1
#Ulsan HD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan