awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACLE: JDT tampil garang tundukkan Shanghai Shenhua FC 3-1

Bernama
Bernama
05/11/2025
15:30 MYT
ACLE: JDT tampil garang tundukkan Shanghai Shenhua FC 3-1
Kemenangan itu melonjakkan kedudukan JDT dalam carta kumpulan ACL Elite 2025/26 daripada tempat ke-10 ke tangga kedua Kumpulan A dengan tujuh mata. - Bernama
ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) mempamerkan dominasi hampir keseluruhan permainan untuk menundukkan Shanghai Shenhua FC 3-1 dalam aksi kumpulan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACL Elite) 2025/26 di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Skuad Harimau Selatan bimbingan Xisco Munoz itu memulakan permainan dengan tempo tinggi dan seawal lima minit pertama, percubaan bahaya Ager Aketxe Barrutia, Oscar Arribas dan Jonathan Silva memaksa penjaga gol Bao Yaxiong bertindak cemerlang.
Pada minit ke-18, JDT dianugerahkan sepakan percuma selepas Arif Aiman Mohd Hanapi dijatuhkan ketika cuba menembusi pertahanan Shanghai Shenhua.
JDT kemudian membuat pertukaran taktikal pada minit ke-19 dengan memasukkan Muhammad Afiq Fazail menggantikan Ager Aketxe bagi memperkukuh kawalan tengah.
Percubaan sepakan percuma Oscar Arribas pada minit ke-20 ditepis keluar Luis Asue, sementara Jairo Da Silva hampir meledak gol pada minit ke-22, namun jaringan dibatalkan pengadil kerana kedudukan offside.
Peluang terbaik babak pertama hadir pada minit ke-35 apabila rembatan Oscar Arribas tepat menuju ke gawang, namun bola sekadar menggegar tiang, dan separuh masa pertama ditutup 0-0.
Memasuki babak kedua, JDT memecah kebuntuan pada minit ke-47 apabila Arif Aiman menghantar hantaran cemerlang dari sudut sukar kepada Jonathan Silva yang menewaskan Bao Yaxiong dengan sepakan penyudah.
JDT menggandakan kedudukan pada minit ke-63 apabila Oscar Arribas menyempurnakan hantaran kemas Muhammad Afiq Fazail dengan sepakan kencang untuk menjadikan kedudukan 2-0.
Shanghai Shenhua merapatkan kedudukan pada minit ke-71 selepas semakan VAR mengesahkan Natxo Insa melakukan kekasaran dalam kotak penalti.
Saulo Mineiro menyempurnakan sepakan penalti dengan rembatan leret ke sudut kiri penjaga gol JDT Andoni Zubiaurre Dorronsoro, sekali gus menewaskannya untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Permainan kembali tegang pada minit ke-81 apabila Joao Teixeira dan Saulo Mineiro dilayangkan kad kuning kerana melakukan kekasaran terhadap pemain JDT ketika cuba mematahkan serangan balas.
JDT melebarkan jurang jaringan pada minit ke-87 menerusi Jonathan Silva yang menamatkan serangan dengan sepakan penyudah hasil hantaran kemas Arif Aiman, menjadikan kedudukan 3-1.
Kemenangan itu melonjakkan kedudukan JDT dalam carta kumpulan ACL Elite 2025/26 daripada tempat ke-10 ke tangga kedua Kumpulan A dengan tujuh mata selepas empat perlawanan lalu meningkatkan peluang mereka untuk mara ke pusingan kalah mati.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ACLE
#JDT
#shanghai shenhua fc
#bola sepak
#Stadium Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan