Ramalan: 1) Colombia 2) Jepun 3) Ivory Coast 3) Greece

Bintang yang bakal menyerlah: Carlos Bacca (Colombia); Shinji Kagawa (Jepun); Yaya Toure, Didier Drogba (Ivory Coast); Georgios Samaras (Greece)

Kumpulan ini dikatakan sukar diramal kerana keempat-empat pasukannya tiada sejarah ketara yang memberangsangkan dalam kejohanan Piala Dunia yang lepas.

Bagaimanapun tentunya ramai peminat-peminat bolasepak Malaysia akan memberi sokongan kepada Jepun yang menjadi salah satu wakil daripada negara-negara Asia yang bertanding.

Carlos Bacca

Carlos Bacca - Foto AFP
Berdasarkan trek rekod dan ranking, Colombia merupakan pasukan teratas dalam kumpulan tersebut diikuti rapat oleh Greece dan seterusnya Jepun serta Ivory Coast.

Meskipun begitu, ketiadaan penyerang Radamel Falcao pada saat akhir telah melemahkan sedikit harapan pasukan Colombia untuk memegang tangga pertama kumpulan itu, tetapi ia dijangka dapat diatasi dengan kehadiran Carlos Bacca serta James Rodriguez.

Sungguh pun begitu, Ivory Coast juga ada penyerang yang digeruni iaitu Didier Drogba yang merupakan pemain pasukan Galatasaray dan bekas penyerang sensasi Chelsea suatu ketika dulu. Kekuatan mereka bakal ditambah dengan suntikan pemain tengah Manchester City, Yaya Toure.

Keadaan ini tentunya akan memberi cabaran kepada pasukan lain meskipun mereka underdog dalam kumpulan ini.

Selain itu, pasukan Greece juga tidak ketinggalan dengan strategi serangan 'tumit Achilles' serta 'senjata utama' yang merupakan pertahanan mereka yang mantap.

Klik untuk perkembangan menarik sepanjang kejohanan Piala Dunia 2014.

Pasukan manakah pula pilihan anda? Sertai undian kami.