Kumpulan E
Ecuador
Switzerland
Perancis
Honduras
Tanpa perlu dinilai sejauhnya, pasukan pilihan untuk melaju ke peringkat seterusnya sudah tentulah Perancis dan Switzerland.
Perancis yang dibarisi 10 pemain yang berpangkalan di Liga Perdana Inggeris dijangka tidak menghadapi masalah untuk lolos ke pusingan kedua sambil Switzerland menyusul di tangga kedua.
Berdasarkan prestasi empat perlawanan persahabatan antarabangsa yang terakhir sebelum Piala Dunia ini, Perancis mencatatkan tiga kemenangan dan satu seri disamping kemenangan besar pasukan ‘Les Bleus’ membelasah Jamaica dengan jaringan 8-0.
Pada edisi tahun 2006, peminat bola sepak Perancis dikejutkan dengan layangan kad merah keatas pemain legenda, Zinedine Zidane yang menyerang pertahanan Itali, Marco Materazzi dan sekaligus mengakhiri karier pemain terbaik dunia itu, malah menyaksikan Perancis tewas kepada seteru utamanya itu dalam penentuan sepakan penalti.
Namun pada tahun 2010 pula, krisis dalaman pasukan ‘Les Bleus’ menyaksikan penyerang sensasi negara itu, Nicolas Anelka dihantar pulang kerana mengkritik pengendalian pelatih pasukan ketika itu, Raymond Domenech yang membawa kepada perpecahan pasukan tersebut kepada dua ‘kumpulan’.
Switzerland pula dijangka akan menyusul jejak langkah Perancis dengan menjadikan Ecuador dan Honduras yang sekadar dilihat sebagai pasukan pelengkap kumpulan.
Namun, keupayaan kedua-dua pasukan tersebut mencatatkan keputusan seri dalam siri perlawanan persahabatan menentang England di Amerika Syarikat tidak harus dipandang sepi kerana kemampuan mereka sebagai ‘underdog’ mampu akan menyebabkan Perancis dan Switzerland berputih mata andainya tewas kepada pasukan ini.
Pemain perhatian: Karim Benzema (Perancis), Valon Behrami (Switzerland), Luis Antonio Valencia (Ecuador)
Aizat Sharif
Thu Jun 12 2014
Perancis dan Switzerland dijangka layak ke pusingan seterusnya
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kami sudah beri segalanya, gol saat akhir 'bunuh' kami - Mohamed Syamer
Pemain JDT itu berkata nasib lebih memihak Bahrain yang berjaya menemukan jaringan pada minit-minit akhir masa kecederaan.
Piala Asia: Shahrul Saad sedia diturunkan jumpa Bahrain
Pemain JDT berkenaan bersedia mempamerkan aksi terbaik sekiranya diturunkan Kim Pan-gon menentang Bahrain.
Piala Dunia Qatar: Kalau tahu saya mungkin sudah kena serangan jantung - Luis Enrique
Luis Enrique mengakui bahawa dia sebenarnya tidak menyedari keputusan semasa dan bersyukur untuk tidak mengetahuinya.
Euro 2020: Sweden muncul juara kumpulan selepas singkir Poland
Keadaan mula berubah apabila bintang Poland, Robert Lewandowski, menyamakan kedudukan menerusi gol bergandanya pada minit ke-61 dan 84.
Euro 2020: Lewandowski bantu Poland ikat Sepanyol
Alvaro Morata menutup mulut pengkritiknya apabila membuka jaringan buat Sepanyol dalam pertemuan di Seville itu selepas dikritik hebat gara-gara aksi hambarnya Selasa lalu.
UCL: Chelsea - Sevilla seri tanpa jaringan
Turun dengan reputasi sebagai juara Liga Europa musim lalu, Sevilla beraksi selesa di Stamford Bridge.
Malaysia tewas tipis 2-3 dengan Bahrain
Malaysia tewas tipis 2-3 di tangan Bahrain pada perlawanan terakhir Kumpulan E, acara bola sepak Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 yang berlangsung di Stadium Wibawa Mukti, di sini malam tadi.
Wira X-Men baru dalam Piala Dunia
Pemain tengah Arsenal itu, yang memperbaharui kontraknya di kelab itu minggu lalu, melepaskan rembatan dari jarak 25 meter untuk Switzerland menyamakan kedudukan 1-1.
Euro 2016: Jaringan Eder bantu Itali tumpaskan Sweden
Sweden tewas 1-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan E berdepan Itali di Stadium Municipal, Jumaat malam.
Hatrik Xherdan Shaqiri bantu Switzerland layak ke pusingan kalah mati
Hatrik penyerang Switzerland, Xherdan Shaqiri bantu Switzerland benam Honduras dan layak ke pusingan seterusnya mengiringi Perancis.