SWEDEN 3 POLAND 2

Sweden memastikan kemaraan ke pusingan 16 Euro 2020 selaku juara Kumpulan E selepas menyingkirkan Poland dengan kemenangan 3-2 di Saint Petersburg awal pagi tadi.

Sweden pada awalnya kelihatan mudah untuk melangkah ke pusingan berikutnya selepas Emil Forsberg menjaringkan dua gol, masing-masing pada minit kedua dan 59.

Bagaimanapun, keadaan mula berubah apabila bintang Poland, Robert Lewandowski, menyamakan kedudukan menerusi gol bergandanya pada minit ke-61 dan 84.

Skuad kendalian Paulo Sousa itu akhirnya boleh menarik nafas lega daripada tersingkir awal apabila memperoleh gol kemenangan yang amat ditunggu-tunggu melalui penyudah pemain gantian, Viktor Claesson, dalam waktu kecederaan.

Kemenangan itu memastikan Sweden memintas Sepanyol selaku Juara Kumpulan E manakala Poland pula tersingkir daripada kejohanan itu selepas hanya meraih satu mata dan menduduki tangga tercorot.

Seterusnya, Sweden akan bertemu Ukraine bagi penentuan ke suku akhir di Hampden Park awal pagi Rabu depan.