PEMAIN sayap Sunderland Adam Johnson kehilangan penajanya Adidas yang membatalkan kontrak tajaan selepas pemain itu mengaku bersalah ke atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak.

Ketika mahkamah bersidang di Bradford pada Khamis, Adam Johnson mengaku bersalah terhadap tuduhan itu.

"Adidas sah membatalkan kontrak tajaan selepas mendapat tahu mengenai pengakuan tersebut," kata Adidas menerusi sebuah kenyataan.

Walaubagaimanapun, Johnson mengaku tidak bersalah terhadap dua lagi pertuduhan aktiviti pencabulan terhadap kanak-kanak yang sama.

Pengendali Sunderland Sam Allardyce mengesahkan bahawa pemain itu tidak akan sertai pasukan untuk perlawanan berdepan Manchester United hujung minggu ini.