awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adamas jalin kerjasama dengan SPRM, KPDNHEP tangani isu doping

Bernama
Bernama
04/11/2020
06:13 MYT
Adamas jalin kerjasama dengan SPRM, KPDNHEP tangani isu doping
Langkah menghalang seseorang daripada mengambil bahan tambahan atau ubatan tertentu memerlukan tindakan penguatkuasaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Kimia dalam usaha memerangi doping di negara ini.
Pengarah Adamas Azura Abidin berkata ia adalah sebahagian daripada pelan strategik tahun 2021 agensi itu yang akan memberi tumpuan kepada memperkukuhkan pentadbiran dengan mengambil beberapa langkah termasuk menubuhkan jawatankuasa penasihat dan pendidikan anti-doping, pengembangan kapasiti Adamas dan kerjasama strategik.
"Memandangkan doping adalah tindakan yang boleh mencemar imej dan kelayakan negara bertanding di kejohanan antarabangsa, kami akan meningkatkan kaedah dan usaha menangani isu doping termasuk menjalinkan kerjasama strategik.
"Langkah menghalang seseorang daripada mengambil bahan tambahan atau ubatan tertentu memerlukan tindakan penguatkuasaan dan ketika ini Adamas tidak mempunyai fungsi berkenaan.
"Justeru, beberapa agensi seperti KPDNHEP, Jabatan Kimia dan terutamanya SPRM akan terlibat dalam perancangan kami," katanya, sambil menambah langkah yang diambil itu perlu mengambil kira perlindungan kepada pemberi maklumat.
Beliau berkata demikian pada webinar yang bertajuk 'World Anti-Doping Rules 2021: What to expect?', semalam.
Mengenai pembentukan jawatankuasa itu, Azura berkata Adamas akan menubuhkan dua jawatankuasa iaitu jawatankuasa pendengaran dan rayuan serta jawatankuasa pengurusan hasil yang pada masa ini hanya dikendalikan oleh persatuan sukan masing-masing.
"Kami mahu membentuk jawatankuasa bebas tahun depan bagi memperkuat usaha terhadap anti-doping serta mematuhi Kod Anti-Doping Dunia (WADC) yang memerlukan kami menubuhkan jawatankuasa tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#doping
#anti-doping
#sukan
#ADAMAS
#KPDNHEP
#SPRM
#Jabatan Kimia
#kerjasama strategik
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan