awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AFC ambil alih kes tindakan liar penyokong Malaysia

Bernama
Bernama
13/12/2014
13:45 MYT
AFC ambil alih kes tindakan liar penyokong Malaysia
AFC akan mengambil alih kes kegagalan FAM mengawal penyokong pada separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Shah Alam pada 7 Dis. -Gambar fail
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan mengambil alih kes kegagalan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengawal penyokong pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam pada 7 Dis lalu.
Kes tersebut sebelum ini di bawah siasatan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang juga merupakan penganjur kejohanan dwitahunan tersebut.
Segelintir penyokong Malaysia bertindak liar mencederakan beberapa penyokong Vietnam selepas perlawanan yang berakhir dengan keputusan Malaysia tewas 1-2 kepada Vietnam.
Setiausaha AFF, Datuk Azzuddin Ahmad berkata beliau dimaklumkan oleh pihak AFC bahawa mereka akan mengambil alih kes tersebut dan FAM dikehendaki menghantar surat tunjuk sebab bagi menjelaskan perkara tersebut kepada AFC pada Isnin ini.
"Kita (AFF) tidak boleh campur tangan lagi, memandangkan bahawa bidang kuasa AFC adalah lebih besar kerana badan tersebut mewakili 46 ahli daripada negara-negara Asia walaupun AFF ada menghantar notis surat tunjuk sebab kepada FAM pada 9 Dis lalu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Azzuddin berkata beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak FAM.
Beliau berkata berdasarkan pengalamannya FAM mungkin akan dikenakan hukuman denda atas kesalahan tersebut.
"Saya tidak fikir bahawa AFC akan mengambil tindakan lebih berat sehingga Malaysia dipaksa beraksi dalam keadaan stadium kosong tanpa peminat pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Dis nanti.
"Ianya adalah merupakan kesalahan yang tidak serius jika dibandingkan kes lain yang membabitkan pergaduhan yang lebih berat," kata Azzuddin.
Tindakan liar segelintir penyokong Malaysia baru-baru ini mendapat perhatian luas termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memandang serius perkara tersebut.
Khairy sebelum ini meminta maaf kepada penyokong Vietnam atas tindakan penyokong Malaysia yang mencederakan penyokong negara itu.
Topic Berkaitan
#afc
#AFF
#Malaysia
#Separuh Akhir
#shah alam
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan