KUALA LUMPUR:Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memberikan sehingga 15 Feb ini untuk semua pasukan memuktamadkan pendirian berhubung jadual baki perlawanan Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.
Tarikh akhir itu juga ditetapkan AFC kepada semua 40 pasukan bertanding melibatkan lapan kumpulan dalam menentukan sama ada ingin meneruskan saingan pada jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Mac ini atau menunda ke Jun.
Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John berkata tempoh masa itu diberi memandangkan proses membuat keputusan di setiap negara berlainan dan dipengaruhi pelbagai faktor berbeza.
"Hanya selepas mereka tidak dapat membuat keputusan selepas 15 Feb baru kami (AFC) masuk campur, sebelum itu kami beri peluang dan tarikh tutup supaya mereka boleh buat perbincangan dalaman melalui proses tertentu.
"Jun tarikh (akhir) muktamad dan ditetapkan FIFA untuk habiskan pusingan kedua dan tarikh pada September digunakan untuk pusingan ketiga. Kami perlu habiskannya pada April 2022," katanya kepada Bernama, hari ini.
Windsor berkata setakat ini tiada keputusan mengenai venue perlawanan sekiranya saingan ditunda ke Jun, namun AFC bersedia membantu setiap kumpulan dalam memilih negara sebagai tuan rumah bagi perlawanan yang bakal dijalankan secara karnival itu.
"Tetapi buat masa ni bukan masa untuk memilih venue untuk perlawanan berpusat, buat masa ini adalah putuskan boleh main atau tidak. Kalau masing-masing tumpu kepada nak jadi tuan rumah, langkah pertama itu susah hendak dicapai," jelas beliau.
Bernama sebelum ini melaporkan Malaysia, Thailand dan Indonesia menyatakan persetujuan supaya saingan itu ditangguh untuk dijalankan secara karnival di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi, Vietnam selaku pendahulu Kumpulan G merupakan satu-satunya pasukan yang belum memberikan kata putus.
"Situasi selepas 15 Feb kami (AFC) akan bertanya kepada pasukan yang tidak memberikan keputusan adakah masih ingin bermain seperti dijadualkan. Jika ya, kami akan minta maklumat berhubung lokasi perlawanan dan sebagainya.
"Dan kami juga akan berhubung dengan pasukan lawan sama ada mereka boleh bermain atau tidak," kata Windsor.
Mengikut jadual asal, Malaysia akan menentang UAE di Dubai pada 25 Mac sebelum melayan kunjungan Vietnam pada 30 Mac, namun timbul cadangan perubahan jadual kelayakan itu dengan beberapa pasukan bersetuju jika ia dijalankan secara karnival pada Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 07 2021
Tempoh masa itu diberi memandangkan proses membuat keputusan di setiap negara berlainan dan dipengaruhi pelbagai faktor berbeza. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Malaysia kekal dalam Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022
Undian semula itu bagi mengekalkan keseimbangan bilangan pasukan di semua kumpulan selepas Korea Utara menarik diri daripada pertandingan.
Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.
FAM setuju lanjut tempoh penswastaan kelab kepada KFA
Ia susulan negeri berkenaan masih terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran.
Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda
FIFA dan AFC dalam satu kenyataan berkata, penundaan tarikh itu sebagai langkah pencegahan COVID-19 yang menular di seluruh dunia.
Harimau Malaya fokus baki perlawanan kelayakan Piala Dunia
Pembatalan Piala AFF Suzuki pada tahun ini akibat COVID-19, memudahkan Tan Cheng Hoe untuk merangka persiapan terbaik.
Lang Merah layak beraksi dalam saingan Piala AFC
Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pasukan Lang Merah tidak dapat beraksi kerana gagal kemukakan penyata kewangan beraudit kepada FAM.
Stadium moden bakal dibina bersama pejabat FAM di Putrajaya
Presiden FAM berkata ia selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan presint itu sebagai pusat sukan menerusi kewujudan Bandar Bola Sepak.
Piala AFC: Perlawanan Malaysia - Korea Utara ditunda
Penangguhan kali kedua dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya aspek keselamatan.
FAM cadang skuad Harimau Muda C beraksi di Sukan Sea 2017
Acara bola sepak di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur, kini kemungkinan akan dihadkan kepada bawah 21 tahun berbanding bawah 23 tahun dalam edisi temasya dwi tahunan itu sebelum ini.
FAM tunggu jawapan AFC berhubung isu visa pemain import Pahang - Hamidin
FAM masih menunggu keputusan AFC berhubung masalah visa tiga pemain import Pahang yang gagal memasuki Indonesia sebelum menghadapi pusingan kedua Piala AFC menentang Persipura Jayapura.