awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AFC: Pengendali TFC tuntut anak buah bangkit lawan Bali United FC

Bernama
Bernama
12/12/2023
08:52 MYT
AFC: Pengendali TFC tuntut anak buah bangkit lawan Bali United FC
Tomislav Steinbruckner mengakui moral pemainnya ketika ini agak terjejas selepas gagal membawa pulang Piala Malaysia apabila tewas 1-3 di tangan JDT. - Gambar fail
KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) mahu anak buahnya bangkit daripada kekecewaan selepas tewas di Piala Malaysia dan fokus kepada merebut peluang untuk layak ke peringkat separuh akhir saingan Piala Konfederasi Asia (AFC), yang masih terbuka.
Ketua Jurulatihnya Tomislav Steinbruckner, mengakui moral pemainnya ketika ini agak terjejas selepas gagal membawa pulang Piala Malaysia apabila tewas 1-3 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT), pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Jumaat lepas.
Beliau berkata situasi tersebut sedikit sebanyak meresahkan dirinya, memandangkan pasukannya itu bakal berdepan kelab Indonesia Bali United FC, bagi perlawanan terakhir mereka pada saingan Kumpulan G Piala AFC, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam esok.
"Saya sedikit risau kerana selepas perlawanan akhit Piala Malaysia, pemain agak sedih. Mungkin tidak secara fikizal, tetapi secara emosional disebabkan kami tewas selepas lakukan yang terbaik pada perlawanan itu.
"Saya jangkakan perlawanan yang sukar dari Bali United FC, seperti pada perlawanan pertama. Bagaimanapun, saya juga percaya kepada pasukan saya. Saya harap mereka cukup kuat untuk bermain esok," katanya pada sidang media perlawanan menentang Bali United FC di SSMZA, di sini hari ini.
Steinbruckner berkata kemenangan skuad Penyu pada aksi terakhir saingan Kumpulan G malam esok juga penting, untuk TFC mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan sebelum ini.
Walaupun tanpa kelibat tonggak utama seperti Alif Zakaria, Ubaidullah Shamsul Fazili dan Azam Azmi yang dibelenggu masalah kecederaan, TFC masih mampu melakar kemenangan dengan kekuatan pemain-pemain lain.
"Ivan Mamut juga tidak menyertai latihan kerana tidak sihat. Tetapi kami sedikit lega kerana Safwan (Safwan Mazlan) and Nijey (Shahrul Nizam Ros Hasni) dah baik dan akan bermain esok," katanya.
Berdasarkan kedudukan terkini Kumpulan G, TFC menduduki tangga kedua dengan sembilan mata, iaitu satu mata di belakang Central Coast Mariners (CCM) yang mengumpul 10 mata daripada lima perlawanan.
Bali United FC pula berada di kedudukan ketiga dengan tujuh mata dan manakala kelab Filipina Stallion Laguna FC, berada di tempat tercorot dengan satu mata daripada lima perlawanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terengganu FC
#Tomislav Steinbruckner
#Bali United
#Piala Malaysia
#JDT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan