SUKAN
AFF B-23: 1,620 anggota keselamatan ditugaskan di GBK menjelang aksi Indonesia-Malaysia

Sebanyak 1,620 anggota keselamatan ditugaskan, termasuk polis dan tentera Indonesia, bagi memastikan kelancaran dan keselamatan perlawanan. - Gambar fail/Stadium Astro
JAKARTA: Hampir 1,620 pegawai dan anggota keselamatan akan ditugaskan semasa perlawanan Kumpulan A Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bawah 23 tahun (B-23) antara Indonesia dan Malaysia di Jakarta Pusat malam ini, menurut polis.
Ringkasan AI
- Perlawanan penentu separuh akhir berlangsung malam ini (21 Julai) jam 9 malam waktu Malaysia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.
- Indonesia mendahului Kumpulan A dengan 6 mata, manakala Malaysia di tempat ketiga dengan 3 mata Malaysia wajib menang untuk layak sebagai naib juara terbaik.
- Sebanyak 1,620 anggota keselamatan ditugaskan, termasuk polis dan tentera Indonesia, bagi memastikan kelancaran dan keselamatan acara.
Beliau berkata pengurusan lalu lintas di sekitar kawasan stadium akan dilaksanakan mengikut keperluan dan situasi semasa.
Sementara itu, skuad B-23 Malaysia kini memburu slot ke separuh akhir dalam aksi terakhir kumpulan A menentang tuan rumah, B-23 Indonesia, selepas tewas 0-2 kepada B-23 Filipina dalam perlawanan pembukaan Selasa lalu, namun bangkit dengan kemenangan besar 7-1 ke atas B-23 Brunei pada Jumaat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami