KUCHING: Perjuangan atlet bina badan negara kelahiran Sarawak, Dr Malvern Abdullah untuk menyumbang pingat emas kepada Malaysia pada Sukan SEA Vietnam 2021 sudah bermula.
Malvern bersama 10 atlet bina badan termasuk pihak pengurusan diketuai Pengurus Pasukan Syed Fairus Syed Ali telah terbang ke Hanoi, Vietnam jam 12:40 tengahari Rabu dari Kuala Lumpur.
Pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Sarawak itu mengakui segala latihan yang ditempuhi telah berjalan lancar dan hanya menunggu masa untuk naik ke atas pentas pertandingan.
“Saya memang berharap dapat membawa pulang pingat kepada negara tetapi sasaran paling utama ialah pingat yang paling berkilau, iaitu pingat emas.
“Persediaan semuanya berjalan dengan lancar, seperti yang kita rancangkan, dan saya hanya tunggu waktu itu tiba untuk naik ke pentas sebenar, agi idup agi ngelaban,” katanya ketika dihubungi Astro Awani pada Rabu.
Pemenang pingat perak Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia itu akan berentap dalam dua kategori iaitu bawah 65 kilogram (kg) dan kategori campuran bersama atlet bina badan wanita dari Sabah, Meilaura Dora.
Selain Malvern, dua lagi atlet bina badan Sarawak turut mewakili negara di Sukan SEA Vietnam melalui Buda Anchah kategori 70kg dan Azri Asmat Sefri kategori 55kg.
Kali terakhir sukan bina badan dipertandingkan di Sukan SEA ialah pada tahun 2013 di Myanmar di mana ketika itu Buda berjaya merangkul pingat gangsa melalui kategori 80kg.
Pasukan bina badan Malaysia akan diwakili dua atlet wanita dan lapan atlet lelaki antaranya Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, Kok Gong Tai, Ahmad Fariz Ariffin, Zmarul Al Adam Abdullah, Zainal Arif Zainal Ariffin, dan Muhammad Uzair Mat Noor.
Nuzuluddin Abdul Razak
Wed May 11 2022
Tiga atlet bina badan negara dari Sarawak Dr Malvern Abdullah, Azri Asmat Sefri dan Buda Anchah membawa misi merangkul pingat emas dalam Sukan SEA Vietnam - Foto Astro AWANI
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Agi idup agi ngelaban! Saya tunggu masa naik pentas Sukan SEA - Malvern
Pemenang pingat perak Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia itu akan berentap dalam dua kategori iaitu bawah 65 kilogram (kg) dan kategori campuran bersama atlet dari Sabah, Meilaura Dora.
Kelayakan Piala Asia B-23: FAM pertaruh skuad B-20 Kebangsaan
Skuad B-20 merupakan program jangka panjang FAM bagi skuad B-23 kebangsaan menghadapi kelayakan Sukan Olimpik 2024.
Hamidin bertemu wakil empat lagi persatuan sukan kebangsaan
Hamidin mengingatkan semua persatuan sukan kebangsaan untuk melakukan proses pemilihan yang teratur menjelang Julai.
Sukan SEA: Pencapaian Malaysia tidak seburuk yang digembar-gemburkan - Mazlan
Ia disifatkan satu pengajaran berguna buat MSN serta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) agar tidak menerima bulat-bulat pembentangan yang dilakukan persatuan sukan kebangsaan.