awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan menerima menghadap Presiden AFC

Bernama
Bernama
23/10/2022
09:37 MYT
Agong berkenan menerima menghadap Presiden AFC
Dalam sesi itu Seri Paduka berkenan menerima sembah taklimat mengenai pembinaan Stadium AFC berkapasiti 10,000 penonton bernilai AS$50 juta di Putrajaya.- Foto Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa, di Istana Negara.
Sesi menghadap bermula 2 petang itu disertai Setiausaha Agung AFC Datuk Seri Windsor Paul John.
Dalam sesi itu Seri Paduka berkenan menerima sembah taklimat mengenai pembinaan Stadium AFC berkapasiti 10,000 penonton bernilai AS$50 juta di Putrajaya dengan kerjasama Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
"Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima sembah taklimat mengenai perkembangan semasa program-program dan aktiviti-aktiviti AFC dan FIFA di benua ini dan juga persiapan penganjuran Piala Dunia Qatar 2022.
"Seri Paduka Baginda dijadualkan berkenan berangkat menyaksikan Piala Dunia Qatar 2022 atas persilaan Kerajaan Qatar kepada Baginda," menurut catatan di Facebook Istana Negara hari ini.
Qatar merupakan negara Islam dan negara Asia Barat pertama dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA yang dijadual berlangsung dari 20 Nov hingga 18 Dis, antara lain menyaksikan penyertaan negara-negara benua Asia seperti tuan rumah, Qatar, Arab Saudi, Iran, Korea Selatan dan Jepun.
Kali terakhir Seri Paduka berkenan menerima menghadap Shaikh Salman di Istana Negara adalah sempena majlis penganugerahan 'AFC Diamond of Asia' pada 7 Nov 2019 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan Al-Sultan Abdullah selama lebih tiga dekad terhadap sukan bola sepak di benua ini.
Penglibatan aktif Seri Paduka dalam sukan bola sepak di peringkat domestik dan antarabangsa terserlah menerusi pengalaman baginda menerajui beberapa persatuan sebelum ini antaranya selaku Naib Presiden AFC, Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Al-Sultan Abdullah juga telah mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih antara tiga Anggota Jawatankuasa Eksekutif FIFA mewakili Asia bagi penggal 2015-2019.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Presiden AFC
#Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa
#Istana Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan