Persekutuan Hoki Asia (AHF) menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas pemangku pengarah teknikalnya, Juriah Abdul Wahab Fenner pada Sabtu.
Presiden AHF Datuk Fumio Ogura berkata badan pentadbir Asia itu kehilangan tokoh utama hoki yang telah melakukan sumbangan besar terhadap perkembangan sukan tersebut di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.
"Ini adalah satu kehilangan yang besar kepada keluarga hoki. Allahyarham merupakan aset yang berharga dalam dunia hoki dan kehilangannya amat dirasai," katanya di laman sesawang AHF www.asiahockey.org.
Ketua Pegawai Eksekutif AHF Datuk Tayyab Ikram turut mengucapkan takziah atas pemergian bekas pengurus pasukan hoki wanita Malaysia itu.
"Saya amat dukacita dengan berita pemergian Cik Juriah. Doa dan ingatan saya bersama keluarga Allahyarham," katanya.
Juriah meninggal dunia pada kira-kira 11 pagi dipercayai ketika sedang tidur di kampung halamannya. Allahyarham berusia 62 tahun.
Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gunung Mesah di Gopeng, Perak pada kira-kira 5 petang.
Presiden Persekutuan Hoki Malaysia Datuk Seri Subahan Kamal turut meluangkan masa untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Juriah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 04 2020
Juriah meninggal dunia pada kira-kira 11 pagi Sabtu, dipercayai ketika sedang tidur, di kampung halamannya. - Foto Astro ARENA
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Rusia larang rakyatnya kunjungi AS
Menerusi satu taklimat, Rusia memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain, atas alasan mereka boleh ‘diburu’ oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
Nur Ameer akan wakili negara ke Sukan Olimpik Khas Dunia, Berlin
Seorang remaja yang mengalami ketidakupayaan pembelajaran, Nur Ameer Muqsiq, 19, akan mewakili negara ke temasya Sukan Olimpik Khas Dunia di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.
COVID-19: AHF tangguh dua kejohanan utama Asia
Badan sukan hoki Asia itu memutuskan untuk menangguhkan kedua-dua kejohanan terbabit sehingga separuh kedua tahun ini demi kepentingan keselamatan dan kesejahteraan semua peserta.
Arul Selvaraj gesa nasib ACT ditentukan segera
Setakat ini hanya tiga negara yang mampu mengesahkan penyertaan, sementara yang lain masih terikat dengan polisi pintu sempadan negara masing masing ekoran penularan mendadak COVID-19.
AHF ucap takziah atas pemergian Juriah Abdul Wahab
Badan pentadbir Asia itu kehilangan tokoh utama hoki yang telah melakukan sumbangan besar terhadap perkembangan sukan tersebut di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.
AHF tunda hoki Piala Remaja Wanita Asia susulan COVID-19
AHF dalam laman sesawang www.asianhockey.org berkata tarikh baharu untuk kejohanan itu akan dibincangkan dan ditetapkan secepat mungkin.