Ahli politik dan selebriti turut ucap #TQChongWei

Afiq Ariffin
Jun 13, 2019 15:26 MYT
Kata kunci Lee Chong Wei dan hashtag #TQChongWei juga menjadi tular di beberapa platform media sosial sejak tengahari Khamis. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Berita berhubung pengumuman persaraan Datuk Lee Chong Wei turut menjadi perhatian para selebriti dan ahli politik tanah air.
Berita sedih itu dikongsi Chong Wei ketika sidang media khas yang diadakan di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya pada Khamis.
Kata kunci Lee Chong Wei dan hashtag #TQChongWei juga menjadi tular di beberapa platform media sosial sejak tengahari tadi.
Rata-rata selebriti dan ahli politik tanah air sedih dengan pengumuman beliau namun turut meluahkan rasa bangga kerana usaha yang dipamerkan jaguh badminton negara itu sehingga berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Sekalung penghargaan buat Datuk @LeeChongWei yang hari ini mengumumkan persaraannya. Terima kasih atas komitmen dan dedikasi beliau buat tanahair tercinta. #TQChongWei #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/Ea6DYXUuss

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) June 13, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut mengucapkan selamat bersara buat Chong Wei dan menzahirkan rasa bangga atas usaha pemain badminton itu di laman Instagram miliknya.
Selain itu, penyanyi nombor satu Malaysia turut berkongsikan video pengumuman persaraannya di laman Instagram beliau dengan ucapan terima kasih kepada Chong Wei.
BACA: 'Terima kasih Malaysia' - Lee Chong Wei
BACA: Kesihatan faktor Chong Wei umum persaraan
BACA: Netizen ucap terima kasih buat Lee Chong Wei
#badminton #Instagram #Lee Chong Wei #Lim Guan Eng #media sosial #Najib Razak #persaraan #politik #Siti Nurhaliza #TQChongWei #Wan Azizah