Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) bersetuju dengan kehendak ahli gabungan yang mahukan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjadi 'nakhoda' persatuan itu.
Sehubungan itu, Pafa akan mengadakan Kongres Luar Biasa (EGM) pada 6 Disember depan bagi membolehkan pelantikan Ahmad Faizal sebagai Presiden Pafa.
Pemangku Presiden Pafa, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad berkata, EGM juga dijangka turut melantik Timbalan Presiden yang baharu bagi membantu mengemudi badan induk pembangunan bola sepak negeri itu.
"Kami akur dengan keputusan ahli gabungan yang mahukan Menteri Besar menerajui Pafa dan ia adalah adalah prosedur biasa untuk lantik bos yang baharu.
"Ahli gabungan juga mahukan Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Azman Abu Seman dilantik sebagai Timbalan Presiden Pafa.
"EGM dijangka berlangsung di Casuarina Meru pada sebelah malam," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung pelantikan presiden Pafa itu malam tadi.
Pelantikan presiden itu dibuat berikutan peletakan jawatan Hasnul Zulkarnain Abd Munaim manakala Zainal Azman mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Adly Shah Ahmad Tah.
Hasnul dipilih sebagai Presiden Pafa pada Kongres Tahunan ke-60 Pafa, 21 Julai lalu, selepas menang tanpa bertanding bagi menggantikan Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.
Muhammad Yadzan berharap mesyuarat luar biasa yang akan diadakan nanti mampu memberi harapan dan sinar baharu bagi persatuan itu.
"Kita harapkan isu ini akan selesai dalam masa terdekat bagi memastikan hala tuju dan perjalanan persatuan untuk mengharungi musim akan datang.
"Kita yakin dengan sokongan beliau (Ahmad Faizal) kepada pasukan negeri sebelum ini yang tidak berbelah bahagi. Jadi, beliau mampu menjadikan Perak sebuah pasukan yang lebih baik jika menerajui Pafa kelak," katanya.
Tambah beliau, Pafa turut mengharapkan sokongan yang tidak henti-henti dari semua pihak supaya persatuan mampu mencipta sejarah lagi pada musim akan datang.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Nov 26 2018
Muhammad Yadzan (tengah) mempengerusikan mesyuarat khas berhubung kekosongan jawatan Presiden Pafa malam tadi. Astro AWANI/ABD RAZAK MOHD ALI
Sambungan bluetooth dari bumi ke satelit berjaya dilakukan
Hubble Network, sebuah syarikat pemula dari Amerika Syarikat berjaya melakukan sambungan bluetooth dari bumi ke satelit di angkasa lepas.
UNESCO hadiahkan semua wartawan di Gaza anugerah PBB
Sebagai sebuah badan PBB yang menggalakkan keamanan dan keselamatan dunia, bumi gaza telah menjadi enjadi tempat paling maut bagi wartawan dalam sejarah susulan serangan kejam israel membunuh puluhan ribu manusia.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Peminat sukan badminton tanah air berpeluang menyaksikan aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 antara Malaysia dan China yang akan ditayangkan di 15 lokasi skrin besar di seluruh negara, pada Sabtu ini
Kes demam denggi berkurangan pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 2,237 kes pada Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) iaitu dari 21 April hingga 27 April lalu berbanding 2,321 kes pada minggu sebelumnya.
Polis giat buru suspek samun pemain TFC
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang juga pemain bola sepak kebangsaan berusia 25 tahun cedera di kepala, kaki kiri dan lengan kiri.
Bapa ditahan dera anak usia 2 tahun
Seorang lelaki diberkas dipercayai mendera anak perempuannya yang berumur dua tahun dalam kejadian di sebuah rumah dekat Taman Pinggiran Cheras.
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.
KPM sedar sistem pendidikan berdepan krisis
Semua pihak termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia sedar bahawa sistem Pendidikan negara sedang berdepan dengan krisis.
Lebih 500,000 pelajar Sabah nikmati manfaat pembaikan sekolah daif
Seramai 514,070 murid dan pelajar di Sabah menikmati prasarana sekolah lebih baik hasil usaha berterusan kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pendidikan dalam menaik taraf sekolah daif serta kerja-kerja penyelenggaraan bangunan sekolah di negeri itu
AWANI Ringkas: Mahkamah tolak permohonan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.