awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Faizal ucap tahniah kejayaan Mohamad Aniq

Bernama
Bernama
30/07/2022
12:20 MYT
Ahmad Faizal ucap tahniah kejayaan Mohamad Aniq
Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu mengucapkan tahniah kepada badang negara Mohamad Aniq Kasdan atas kejayaannya menyumbang pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022.
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengucapkan tahniah kepada badang negara, Mohamad Aniq Kasdan atas kejayaannya menyumbang pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Beliau berkata, kejayaan tersebut amat istimewa selepas dua hari kontinjen negara tidak menjelmakan kilauan pingat pada temasya yang berlangsung bermula Khamis lepas hingga 8 Ogos ini.
"Alhamdullilah emas pingat sulung negara di #Birmingham2022. Syabas buat (Mohamad) Aniq Kasdan. Terima kasih untuk kudrat selama ini #DemiMalaysia.
"Kejayaan ini lebih manis apabila Mohamad Aniq juga berjaya memecahkan rekod Komanwel bagi kategori lelaki dengan angkatan keseluruhan 249 kg! Ayuh Malaysia, kita terus berdoa untuk lebih kejayaan selepas ini!" katanya menerusi ciapan Twitter rasminya.
Pingat perak dimenangi atlet India Sanket Mahadev Sargar dengan angkatan keseluruhan 248kg manakala gangsa menjadi milik Dilanka Isuru Kumara Yodage dari Sri Lanka dengan angkatan 225 kg. - BERNAMA
Kejayaan ini lebih manis apabila Mohd Aniq juga berjaya memecahkan rekod Komanwel bagi kategori lelaki dengan angkatan keseluruhan 249kg! Ayuh Malaysia, kita terus berdoa untuk lebih kejayaan selepas ini!#MalaysiaBoleh#DemiMalaysia
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) July 30, 2022
Topic Berkaitan
#Aniq Kasdan
#Sukan Komanwel
#pingat emas pertama negara
#angkat berat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan