awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Said mahu pemain import berkaliber buat Terengganu

Bernama
Bernama
17/09/2013
04:36 MYT
Ahmad Said mahu pemain import berkaliber buat Terengganu
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mahu pucuk pimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid memilih pemain import yang berkaliber buat pasukan negeri ini untuk mengharungi kancah Liga Malaysia musim depan.
"Saya telah memberi amaran kepada beliau supaya memilih pemain import yang benar-benar berkaliber sahaja", katanya.
Wan Ahmad Nizam yang juga Setiausaha Politik Ahmad dipilih sebagai presiden PBSNT dalam Kongres Tahunan Luar Biasa PBSNT 2013 pada Sabtu lalu menggantikan Datuk Che Mat Jusoh yang memegang jawatan itu lebih 14 tahun.
"Mereka (pihak pengurusan PBSNT) telah ke Croatia dan Bosnia untuk mencari pemain. Saya dah beritahu, jangan harapkan pemain yang dihantar oleh agen atau yang diperoleh berdasarkan gambar video dan sebagainya.
"Saya cakap, kalau dia (Wan Ahmad Nizam) silap pilih (pemain import), dia kena," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Emas Hari Malaysia di sini Isnin.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Ahmad Said
#Menteri Besar
#PBSNT
#persatuan bola sepak negeri terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan