PETALING JAYA: Penjaga gol sensasi negara, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed memilih untuk mengunci mulut mengenai destinasi baharunya musim depan biarpun kini hangat dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Bekas pemain Negeri Sembilan FC berusia 26 tahun itu berkata sehingga sekarang terdapat sekurang-kurangnya tiga pasukan telah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmatnya.
Namun, beliau berkata fokus kini tertumpu kepada tugasan bersama pasukan negara yang bakal mengharungi saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 dari 20 Dis hingga 16 Jan depan.
"Mengenai destinasi saya tidak boleh beritahu, tunggu keputusan yang akan diumumkan (bakal kelab). Saya sekarang hanya fokus kepada pasukan kebangsaan dan Piala AFF.
"Saya sasarkan musim depan untuk jadi lebih baik, tingkatkan (usaha baiki) kekurangan dan saya akan bagi lebih lagi daripada tahun ini," katanya ketika ditemui pada kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Wisma FAM di sini.
Pada masa sama, Ahmad Syihan tidak menolak kemungkinan bakat dan potensinya dapat dikembangkan sehingga mencapai tahap terbaik sekiranya berada di kelab yang tepat, namun menyerahkan segalanya kepada takdir.
"Bagi saya (tentang) pilihan kita kena pilih mana lebih baik dan yang mana boleh bagi ilmu lebih mendalam lagi supaya dapat majukan karier kita. Minit permainan penting tapi atas diri masing-masing juga.
"Kalau dalam latihan kita main-main, apabila hari perlawanan tidak menjadi juga, jadi dalam latihan kena bagi 100 peratus dan dalam perlawanan juga perlu bagi yang sama," katanya.
Jumaat lepas, Negeri Sembilan mengumumkan Ahmad Syihan sah meninggalkan kelab itu selepas bersama dengan pasukan pada musim 2018 sebelum menyertai Petaling Jaya (PJ) City FC dan kembali mewakili pasukan itu musim ini.
Nama Ahmad Syihan mula dikaitkan dengan perpindahan ke JDT selepas beraksi cemerlang bersama skuad kebangsaan terutama ketika berdepan Thailand dan Tajikistan pada kejohanan Piala Raja Thailand di Chiang Mai, September lepas.
Ketangkasan beliau pada kejohanan empat penjuru itu mendapat pujian secara meluas daripada peminat serta pemerhati bola sepak tempatan sehingga ada yang beranggapan beliau layak diberi tanggungjawab sebagai penjaga gol utama pasukan negara.
Posisi itu lebih kerap digalas penjaga gol berpengalaman Mohd Farizal Marlias, namun penjaga gol nombor satu JDT berusia 36 tahun itu tidak disenaraikan dalam kempen Piala AFF 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2022

Ahmad Syihan tidak menolak kemungkinan bakat dan potensinya dapat dikembangkan sehingga mencapai tahap terbaik sekiranya berada di kelab yang tepat, namun menyerahkan segalanya kepada takdir. - Gambar fail

Banduan lari dari Pusat Koreksional Jasin berjaya ditangkap
Polis berjaya menahan seorang banduan yang melarikan diri dari Pusat Koreksional Jasin sejak enam hari lepas, di sekitar kawasan Alor Gajah malam tadi.

Ustaz Abdullah Khairi dakwa digam daripada program ceramah
Abdullah Khairi memaklumkan beliau 'digam' untuk dua program termasuk Forum Perdana berkenaan.

Saham YTL Power naik selepas umum kerjasama dengan TNB bekal elektrik ke Singapura
Saham YTL Power International Bhd naik 1.5 sen kepada 74.5 sen selepas ia mengumumkan kerjasama dengan unit TNB untuk membekalkan 100 megawatt (MW) elektrik dari Malaysia ke Singapura.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 364.3 peratus
Kes denggi dijangka meningkat pada bulan Januari dan Februari serta memuncak pada Jun dan Julai 2023.

Tiada penghantaran jet ke Ukraine - Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin berkata bahawa beliau tidak akan meluluskan penghantaran jet pejuang F-16 ke Ukraine.

Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
Soal pemilihan calon yang diketengahkan pada pilihan raya diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti itu.

Op Limau: 905 individu ditahan disyaki terlibat perjudian
Kesemua tangkapan itu membabitkan 137 serbuan bagi tempoh 15 hingga 29 Jan lepas.

Ringkas SPUTNIK: Kaedah selesai konflik perlu diterima bersama
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

AWANI Ringkas: Kekurangan guru masih berlaku
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ipoh bandar paling murah bagi pendidikan antarabangsa di Asia - Datuk Bandar
China terus mendominasi sebagai negara paling mahal di Asia untuk sekolah antarabangsa.

Terima banyak tawaran, KJ sedang pilih 'kelab' paling sesuai
Khairy tidak menolak kemungkinan untuk bertanding pada pilihan raya negeri akan datang.

Tak boleh terima hakikat kelab kecil dari Asia mendahului - Tunku Ismail
Menurut Tunku Ismail, pengadil dari Serbia itu juga gagal mengawal perlawanan.

Aksi tegang Levski Sofia-JDT, perlawanan ditamatkan awal
JDT berjaya mengejutkan pasukan lawan menerusi jaringan pemain import baharu mereka, Juan Muniz, pada minit ke-24.

KJ bakal sertai pengurusan JDT?
Hantaran terbaru Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagram miliknya, memberi bayangan Khairy bakal menyertai pengurusan JDT.

Penjaga gol kebangsaan Syihan Hazmi sah sertai JDT
Ahmad Syihan Hazmi menamatkan teka-teki apabila sah menyertai juara sembilan kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

KDA FC bakal menjadi pasukan pencabar Liga Malaysia
Keberanian Mohd Daud melakukan perubahan besar mendapat sokongan KFA yang berharap kesetiaan semua penyokong KDA FC.

ABK22: Arif Aiman JDT sambar tiga gelaran
Arif Aiman Hanapi, terpilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali kedua berturut-turut dalam Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022 (ABK22) sebentar tadi.

Ahmad Syihan 'kunci mulut' spekulasi ke JDT
Bekas pemain Negeri Sembilan FC itu berkata sehingga sekarang, sekurang-kurangnya tiga pasukan telah menyatakan minat.

Pemain JDT, Safawi Rasid bakal berkelana ke Thailand
Safawi Rasid dikhabarkan akan berkelana mengembangkan kerjaya ke Liga Thailand apabila bakal menyarung jersi Ratchaburi FC.

Esteban Solari dilantik kendali JDT musim depan
Tunku Ismail bertitah, Solari yang kini pembantu jurulatih pasukan B-23 Argentina bersetuju untuk bersama-sama dengan JDT.