KUALA LUMPUR: Atlet yang terlibat dengan 'gelembung' kem latihan ke Sukan SEA, boleh mengukir senyuman apabila diberi kelonggaran untuk bersemuka dengan ahli keluarga bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini semalam.
Kemeriahan sambutan 1 Syawal itu dapat dirasai, apabila beberapa ahli keluarga atlet mengambil peluang hadir berjumpa anak masing-masing dengan mematuhi penjarakan fizikal, setelah mereka mengasingkan diri sejak menyertai perhimpunan akhir bermula 24 April lepas, sebagai persediaan sebelum berlepas ke Hanoi, Vietnam.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pihaknya percaya kelonggaran diberikan itu, dapat menyemarakkan lagi semangat atlet untuk berjuang bagi mengangkat nama negara pada temasya dwitahunan itu, yang dijadual berlangsung secara rasmi bermula 12 hingga 23 Mei.
"Hari ini kita memberi peluang kepada mereka (atlet) dan ahli keluarga melawat di kem dan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Tahniah kepada keluarga besar pengurusan MSN, di bawah kepimpinan Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang mengambil inisiatif kali pertama mengadakan perjumpaan ini.
"Sambutan amat baik daripada atlet dan anggota keluarga yang hadir," katanya pada sidang media selepas jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama kontinjen Malaysia ke Sukan SEA di sini, semalam.
Turut hadir, Timbalannya Datuk Seri Ti Lian Ker dan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi Datuk Nur Azmi Ahmad.
Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata semangat juang barisan atlet negara berkobar-kobar dalam mempamerkan aksi terbaik pada temasya sukan itu.
"Saya harap seluruh rakyat Malaysia beri sokongan padu kepada atlet dan doakan mereka bebas daripada kecederaan. Sekiranya mereka dapat menampilkan aksi terbaik, saya percaya tidak mustahil untuk mereka membawa pulang lebih 36 pingat emas yang disasarkan," katanya.
Sementara itu Abdul Halim Abdul Aziz, 55, yang hadir melawat menantunya Mohd Taqiwuddin Hamid, berharap pesilat yang bakal beraksi dalam acara silat ganda di Sukan SEA buat kali kelima itu, dapat menampilkan aksi terbaik di Hanoi.
"Ini satu pengorbanan sama ada daripada keluarga atau anak sendiri (atlet) dengan keadaan sekarang ini. Harapan saya atlet-atlet Malaysia akan pulang dengan emas...insya-Allah," katanya.
Malaysia yang bakal diwakili kira-kira 580 atlet dalam 338 acara melibatkan 37 jenis sukan pada Sukan SEA kali ini, menyasarkan untuk meraih 36 pingat emas, 35 perak dan 75 gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 02 2022
Ahmad Faizal (tengah) beramah mesra bersama para atlet Malaysia pada Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama Kontinjen Malaysia di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 2 Mei 2022. -- fotoBERNAMA
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Keputusan biopsi kedua adik Fatimah, 'The Family UK' diketahui 10 hingga 14 hari
Keputusan biopsi kedua Fatimah Omar Mukhlis, kanak-kanak cilik yang pernah tular kerana kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan walaupun membesar di UK, akan diketahui dalam tempoh 10-14 hari.
Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka
Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, kebun, belukar dan sampah direkodkan di Kelantan bermula Januari hingga Isnin lepas (6 Mei).
Saya akan rindu nyanyian ‘live’ Hail Amir - Lufti Ameer
Kesihatan Datuk Hail Amir sebelum ini dalam keadaan baik malah sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang baru-baru ini.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Tembakan di KLIA: 'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan
Mengikut jadual asal pengawal peribadi yang mesra disapa ramai dengan panggilan 'Along' itu tidak seharusnya bekerja semalam.
Jamuan Aidilfitri komuniti Taiping, 'potluck' sambil berkelah
Lebih istimewa apabila masing-masing yang hadir segak mengenakan pakaian kebangsaan baju Melayu dan baju kurung.
Dewasa bergejala elak peluk, cium anak kecil semasa beraya - Pakar Pediatrik
Golongan dewasa yan dinasihat untuk tidak menyentuh, mencium atau memeluk anak-anak kecil dengan sesuka hati.
Rakyat Malaysia di Bangkok sambut Aidilfitri dengan keluarga, rakan
Kedutaan Besar Malaysia di Thailand anjur majlis makan tengah hari bersama kakitangannya dan tetamu jemputan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.