KUALA LUMPUR:Aksi kelayakan Piala Dunia-Piala Asia 2022/2023 ditunda lagi, atas dasar perkembangan situasi semasa dan persetujuan majoriti, aksi tersebut bakal dilangsungkan secara berpusat Jun ini.
Vietnam menjadi negara terakhir yang memberikan persetujuan bagi Kumpulan G dalam mesyuarat yang berlangsung semalam.
Ini merupakan tarikh akhir yang diberikan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kerana 12 negara yang mendapat kelayakan automatik ke pusingan seterusnya perlu diketahui sebelum Julai.
Penundaan tersebut bukan hanya melibatkan Kumpulan G malah membabitkan tujuh kumpulan lain yang sebulat suara memilih Jun sebagai tarikh terbaik merujuk kepada keadaan semasa ketika ini.
"Semua negara terlibat bersetuju bahawa keadaan berkemungkinan bulan hadapan tidak akan memberikan peluang untuk menganjurkan perlawanan jadi keputusan yang terbaik telah diambil untuk ditunda kepada bulan Jun," kata Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul.
Jadual baru akan dikeluarkan AFC dalam masa terdekat.
Namun pemilihan tuan rumah untuk setiap kumpulan hanya akan ditentukan selewat-lewatnya bulan depan.
AFC memberi penekanan serius untuk kriteria yang perlu dipenuhi setiap wakil tuan rumah.
"Perkhabaran yang menyegarkan apabila saingan ditunda ke bulan Jun. Ia membenarkan kami untuk membuat persiapan dan berharap untuk menjalankan perlawanan persahabatan mengikut kepada situasi," kata ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe.
Astro Arena
Wed Feb 17 2021
Kata Windsor Paul, penundaan tersebut membabitkan tujuh kumpulan lain yang sebulat suara memilih Jun sebagai tarikh terbaik merujuk kepada keadaan semasa ketika ini. - Foto Facebook/Astro Radio News
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Ranking Harimau Malaya jatuh ke-138 dunia
Skuad negara jatuh enam anak tangga daripada kedudukan ke-132 dunia kepada 138 dunia.
FIFA batal perlawanan kelayakan Piala Dunia Korea Utara, Jepun
FIFA berkata bahawa perlawanan kelayakan Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang tidak akan diadakan.
FIFA lancar slogan rasmi Piala Dunia 2030
Slogan Piala Dunia FIFA 2030 menampilkan frasa "Yalla Vamos" yang ditulis dalam kedua-dua bahasa Arab dan Sepanyol.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Indonesia gagal dapatkan semula dua pemain penting
Masalah kertas kerja akan menghalang Thom Haye dan Ragnar Oratmangoen daripada bermain untuk Indonesia bagi kelayakan Piala Dunia.
Presiden FIFA tolak penggunaan 'kad biru'
Apabila laporan mengenai kad biru diedarkan pada 8 Feb, mereka terima sebahagian besar reaksi negatif dan IFAB menarik balik inisiatif itu.
JDT nombor 13 Asia ranking Piala Dunia Kelab FIFA 2025
JDT berada di kedudukan kedua terbaik kelab dari negara ASEAN selepas gergasi Thailand, BG Pathum United di kedudukan kesembilan Asia.
Thailand kini di kedudukan 101 ranking FIFA
Thailand mendaki 12 anak tangga untuk kekal di ranking teratas, diikuti Vietnam, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Singapura.
Ranking Harimau Malaya jatuh dua anak tangga
Penurunan ranking itu sudah dapat dijangka selepas skuad negara tewas dua perlawanan dan mencatatkan satu seri dalam aksi Piala Asia di Doha, Qatar baru-baru ini.
Tiada keperluan perkenal kad biru - Subkhiddin
Bekas pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Subkhiddin Mohd Salleh berpendapat tiada keperluan untuk memperkenalkan peraturan kad biru di peringkat tertinggi sukan itu.