DALAM tahun yang penuh dugaan dan cabaran ini, boleh kata tiada siapa yang lebih bahagia daripada para penyokong kelab bola sepak Liverpool.
Penantian panjang 30 tahun yang perit berakhir apabila skuad kendalian Jurgen Klopp berjaya mengucup dan menjulang piala Liga Perdana Inggeris yang didambakan sejak sekian lama pada musim ini.
Semestinya menyusuli kejayaan penuh bersejarah ini, Liverpool mengeluarkan koleksi khas sebagai memorabilia atau kenang-kenangan untuk dimiliki para penyokong yang menjadi nadi dan tulang belakang yang setia bersama turun dan naik pasukan ini.
Namun, tidak semua penyokong The Reds mampu untuk memilikinya, lebih-lebih lagi buat mereka yang berada di negara yang nilai mata wangnya lebih kecil berbanding Pound Sterling, termasuklah di Malaysia.
Mujur kita ada Al-Ikhsan, peruncit barangan sukan nombor satu negara yang juga pengedar rasmi produk Liverpool di Malaysia yang meraikan sama kegemilangan kelab itu dengan melancarkan ‘Champions Range’.
Majlis pelancarannya dibuat pada Khamis di Football Republic, Sunway Pyramid, beberapa jam selepas upacara menjulang piala berlangsung di Anfield.
Walau dalam keadaan pergerakan terbatas bagi mematuhi prosedur operasi standard (S.O.P.) pencegahan wabak COVID-19, para penyokong yang hadir meraikan kegemilangan dalam kesederhanaan namun tetap meriah.
“Sesuatu yang unik, kerana selepas ini kita pun tak tahu siapa juara di mana stadium kosong tanpa penyokong.
"Rasanya satu-satunya dalam sejarah EPL, jadi kita ambil positif.
“Tak ada penyokong di stadium pun tak apa, kita tetap raikan tapi dengan cara tersendirilah,” kata Presiden kelab penyokong Liverpool, All Reds Malaysia, Muzili Aznor Musa.
Acara pada petang tersebut turut diserikan dengan kehadiran Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zhafrul Tengku Abdul Aziz yang juga merupakan seorang penyokong Liverpool tegar sejak kecil.
Beliau diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla, merasmikan ‘Liverpool FC Champions Range’ di hadapan kira-kira 150 penyokong yang memenuhi butik tersebut.
Pada masa sama, berlangsung juga majlis menandatangani lanjutan kontrak kerjasama antara Al-Ikhsan dengan dua kelab penyokong rasmi Liverpool di Malaysia, All Reds Malaysia dan KL Kopites.
“Al-Ikhsan sudah menjadi rakan kita sejak dua tahun lepas. Ini sangat bermanfaat buat para ahli kelab penyokong khususnya kerana anda mendapat potongan 20 peratus untuk semua barangan Liverpool dan juga barangan lain yang dijual di sini (Al-Ikhsan dan Football Republic),” ujar Presiden KL Kopites, B. Sashidaran.
Satu lagi kelab penyokong rasmi The Reds dari Sabah, Kinabalu Reds juga memeterai perjanjian kerjasama pertama mereka dengan Al-Ikhsan, menandakan syarikat itu bakal melebarkan lagi sayap mereka untuk membekalkan kehendak pasaran di Borneo.
“Ini langkah pertama kepada hubungan kerja jangka panjang antara kami, jadi harapnya kita akan dapat melihat cawangan pertama Al-Ikhsan di Sabah dalam masa terdekat ini,” kata Andy A Raja, Presiden Kinabalu Reds.
Bertepatan dengan misi dan visi sejak 27 tahun penubuhannya, Vach berkata Al-Ikhsan sentiasa mengorak langkah supaya barangan sukan mampu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia.
“Saya rasa dalam konteks kebolehdapatan produk, kami ada e-dagang.
"Ketika ini kami ada 50 cawangan, dan menjelang penghujung Ogos ini, kesemua produk Liverpool ini akan berada di 80 cawangan di seluruh negara.
“Kami juga merancang untuk membuka kedai khusus untuk produk Liverpool, jadi kami ada pelan besar untuk membina jenama Liverpool di Malaysia,” jelasnya.
Item utama yang diketengahkan dalam koleksi juara ini adalah kemeja-T ‘Champions’ yang datang dalam warna merah dan hitam.
Kalau di kedai dalam talian rasmi Liverpool, harganya 22 pound bersamaan RM120. Oleh kerana Al-Ikhsan menghasilkannya sendiri dalam negara, barang yang sama boleh didapati hanya pada RM59 sahaja.
Begitu juga produk-produk lain seperti baju sejuk ‘hoodie’, mafla, bendera, mug, penghias rantai kunci, topeng muka dan pelbagai lagi yang boleh dibeli pada harga bermula RM29.
Cepat! Dapatkannya sementara stok masih ada. Kalau tak berkesempatan mengunjungi cawangan Al-Ikhsan atau Football Republic, dapatkannya menerusi www.al-ikhsan.com/liverpoolfc/champions-range.html.
Israr Khalid
Mon Jul 27 2020
Antara barangan daripada koleksi 'Liverpool FC Champions Range' yang dihasilkan Al-Ikhsan dengan lesen rasmi selaku pengedar rasmi produk juara Liga Perdana Inggeris itu di Malaysia. (Foto: Israr Khalid/Astro AWANI)
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Al-Ikhsan rai keunggulan Liverpool dengan Champions Range
Cenderamata rasmi khas sempena kejayaan Liverpool menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris musim 2019/2020 boleh didapati dengan harga yang lebih murah di lebih 50 cawangan Al-Ikhsan seluruh negara.