awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alasan penat Sze Fei-Nur Izzuddin, Rexy akui salah faham

Bernama
Bernama
19/07/2022
22:30 MYT
Alasan penat Sze Fei-Nur Izzuddin, Rexy akui salah faham
Aksi Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin ketika perlawanan suku akhir Kejohanan Piala Thomas di Bangkok, 12 Mei 2022. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky mengakui terdapat salah faham dalam isu alasan penat diberikan beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani selepas tewas pada Terbuka Singapura 2022, baru-baru ini.
Rexy menjelaskan jurulatih beregu Tan Bin Shen telah menyampaikan maklumat salah kepadanya berhubung faktor yang menyebabkan Sze Fei-Nur Izzuddin, selaku pilihan keenam kejohanan, tewas dalam pusingan kedua Terbuka Singapura 2022 itu.
Gandingan ke-12 terbaik dunia itu tumpas kepada pasangan bukan pilihan dari India M.R. Arjun-Dhruv Kapila, 18-21, 24-22, 21-18 dalam saingan yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura.
"Mereka (Sze Fei-Nur Izzuddin) tak cakap penat. Hanya salah faham daripada Bin Shen sewaktu beliau sampaikan kepada saya," katanya kepada Bernama.
Sebaliknya, pakar beregu dari Indonesia itu memaklumkan aksi kurang konsisten dipamerkan Sze Fe-Nur Izzuddin pada set ketiga perlawanan itu membawa padah kepada mereka dalam kejohanan tersebut.
Jumaat lepas, Rexy menyifatkan alasan penat diberikan juara Terbuka Jerman 2022 itu sebagai tidak munasabah kerana percaya mereka mendapat rehat secukupnya selepas tersingkir di pusingan pertama Masters Malaysia kepada pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, 14-21, 20-22, pada 5 Julai lepas.
Menerusi satu hantaran di laman Instagram Ahad lepas, Nur Izzuddin menyatakan mereka tidak pernah memberi alasan selepas tewas kerana menyedari kekalahan perlu diterima dalam mana-mana kejohanan disertai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rexy Mainaky
#Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
#Terbuka Singapura 2022
#salah faham isu alasan penat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan