awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alhamdulillah... Khabib kini sah petarung 'pound-for-pound' nombor satu UFC

Haider Yutim
Haider Yutim
28/10/2020
05:34 MYT
Alhamdulillah... Khabib kini sah petarung 'pound-for-pound' nombor satu UFC
Juara lightweight UFC Khabib Nurmagomedov kini sah bergelar petarung 'pound-for-pound' nombor satu UFC. - Gambar REUTERS
SUSULAN kemenangannya ke atas Justin Gaethje pada Ahad lalu, juara lightweight UFC Khabib Nurmagomedov kini sah bergelar petarung ‘pound-for-pound’ nombor satu UFC.
Bintang MMA dari Dagestan, Rusia itu mengambil alih tempat pertama dalam ranking tersebut menggantikan bekas juara light heavyweight, Jon Jones yang kini berada di nombor dua.
Kedudukan itu dipaparkan dalam kemas kini terbaharu senarai ranking di laman web rasmi UFC.
Sememangnya kedudukan Khabib dalam ranking tersebut sudah pun disebut-sebut oleh Presiden UFC Dana White sebelum ini.
Menurut White, jika Khabib berjaya mengalahkan Gaethje, dia akan menjadi petarung ‘pound-for-pound’ nombor satu dunia, dan bakal menjadi antara petarung terhebat sepanjang zaman (greatest of all time).
Semalam, Khabib juga telah memuat naik foto ranking tersebut di akaun Instagram miliknya.
“Ini adalah hasil usaha hidup saya, saya tidak pernah mendapat sesuatu dengan mudah, dan tidak ada yang diberikan kepada saya disebabkan saya seorang lelaki yang baik.
“Kerja keras, pengharapan kepada Allah dan kesabaran… ketiga-tiga ramuan ini membantu saya untuk berjaya, dan tentu sekali, kawalan serta nasihat dari (arwah) bapa saya yang meluangkan banyak masa dengan saya,” katanya jaguh berusia 32 tahun itu.
Sebagai nota, ‘pound-for-pound’ adalah sistem kedudukan bagi menilai ranking petarung tanpa mengikut kelas berat.
Oleh kerana petarung tidak bersaing secara langsung, penilaian bagi menentukan siapa petarung ‘pound-for-pound’ yang terbaik adalah subjektif dan berbeza-beza.
Dalam aksi UFC 254 baru-baru ini, Khabib berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan Gaethje dari Amerika Syarikat.
BACA: UFC 254: Khabib kekalkan kejuaraan lightweight UFC, umum persaraan
BACA: McGregor puji persembahan Khabib... zahirkan takziah, penghormatan kepada keluarganya
Acara yang berlangsung di UFC Fight Island di Abu Dhabi itu menyaksikan Khabib menumpaskan Gaethje menerusi kuncian ‘triangle choke’ pada minit 1:34 pusingan kedua.
Keputusan itu sekali gus melebarkan rekod profesional Khabib dengan 29 kemenangan tanpa kalah.
Bagaimanapun, sejurus selepas pertarungan, Khabib mengumumkan persaraannya dari sukan MMA.
BACA: Janji kepada ibu, ketiadaan ayah di sisi... antara sebab Khabib bersara
View this post on Instagram
It was work of my life, I never got anything easy, and nothing was given to me because I’m nice guy. Hard work, hope for Allah and patience, this three ingredient helps me to get successful, and of course, control and advises from my Father, who invested in me a lot of time and work. - Это была работа всей моей жизни, я ничего не получил легко, и ничего мне не далось просто так. Упорный труд, Надежда на Аллаха и терпение, вот три качества которые мне помогли прийти к успеху и конечно же постоянный контроль и советы Отца, который вложил в меня очень много времени и труда.
A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on
Oct 27, 2020 at 6:25am PDT
Topic Berkaitan
#Khabib Nurmagomedov
#UFC
#UFC 254
#ranking
#pound for pound
#Dana White
#Justin Gaethje
#Jon Jones
#MMA
#Abu Dhabi
#Conor McGregor
#Dagestan
#Rusia
#lightweight
#UFC Fight Island
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan