TIADA kata dapat menggambarkan kegembiraan gandingan double sepak takraw Malaysia, Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Mohd Nordin selepas berjaya menumbangkan Thailand dalam perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada Rabu.
Kejayaan yang datang dengan usaha dan semangat luar biasa itu sememangnya sukar untuk diucapkan dengan kata-kata apatah lagi lawan yang ditumbangkan boleh dianggap sebagai raja sepak takraw dunia.
Bagi Noraizat, tekanan yang dihadapinya bersama Aidil Aiman ketika perlawanan akhir itu cukup tinggi, namun bersyukur dapat mengatasinya.
"Tak percaya sebenarnya (dapat menang juara dunia) tapi kalau rezeki dah tertulis, menang tetap menang juga. Berkat doa semua termasuk seluruh rakyat Malaysia.
"Saya memang ingat Allah sahaja dalam gelanggang. Selawat tidak tinggal dan Allah tolong kami dalam gelanggang sehingga mata terakhir," katanya.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur itu, Noraizat dan Aidil Aiman menang 17-16, 15-13 untuk merangkul kejuaraan dunia pertama sejak Piala Dunia tersebut diperkenalkan pada 2011.
Dalam pada itu, Aidil Aiman menyifatkan kejayaan yang diraih itu membuktikan Malaysia boleh meraih kemenangan dengan Thailand walaupun sebelum ini badi tersebut sukar untuk dileraikan.
"Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong pasukan negara. Saya dengan Aizat dah buktikan kita boleh menang dengan Thailand," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 22 2024
Aksi Noraizat (kanan) dan Aidil Aiman (kiri) meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan Thailand dalam perlawanan akhir Acara Beregu pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur, semalam. --fotoBERNAMA
20 perompak pecah masuk kedai emas di California
Dalam insiden berkenaan, suspek dilihat memecah pintu kedai dan cermin meja pameran menggunakan tukul sebelum bertindak melarikan barang kemas.
KDN utamakan selesai permohonan kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan beri keutamaan dalam penyelesaian permohonan kewarganegaraan bagi kategori anak tidak sah taraf dan anak angkat.
10 mangsa, termasuk kanak-kanak cedera di taman tema AS
Suspek difahamkan masih bebas, dan polis sedang giat memburu individu berkenaan.
Puluhan berpindah, tunggu masa ‘telan’ bangunan 13 tingkat
87 penduduk kompleks kediaman Euromarina II di Vina del Mar dipindahkan selepas lubang benam berukuran 15 meter lebar dan dalam 30 meter mula dikesan pada 8 Jun.
Indonesia tutup operasi X, jika tiada sekatan bahan lucah
Menteri Komunikasi di Indonesia kini memaklumkan yang negara berkenaan bersedia untuk mengharamkan platform media sosial X (dahulunya dikenali sebagai Twitter), sekiranya platform berkenaan tidak menghalang kandungan lucah.
Subsidi diesel: KPDN keluar 22 notis termasuk perkhidmatan trak tunda naik harga
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan 22 notis melibatkan syarikat termasuk perkhidmatan trak tunda kenderaan dan perkhidmatan pengangkutan di Johor kerana menaikkan harga perkhidmatan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Johor.
Israel sekat kemasukan haiwan korban bagi sambutan Aidiladha di Gaza
Larangan ini merupakan satu pelanggaran hak asasi manusia yang jelas dan mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan dan Islam.
Ibu Fadhlina Sidek selamat dikebumi
Allahyarham Siti Zalikhah meninggal dunia di Hospital Serdang pada 9.30 pagi tadi.
Menteri Kabinet zahir ucapan takziah kepada keluarga Fadhlina
Pemergian Siti Zalikhah yang merupakan balu Allahyarham Datuk Dr Siddiq Fadzil adalah kehilangan besar kepada negara.
74 jemaah haji Malaysia sedang terima rawatan dibawa ikuti Safari Wukuf
Kesemua pesakit dibawa dengan menggunakan bas khas yang telah diubah suai tempat duduknya menjadi seperti katil, untuk membawa pesakit kritikal ke Padang Arafah.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mudah tewaskan India, mara ke separuh akhir
Malaysia menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir acara berpasukan selepas mengetepikan cabaran India pada aksi suku akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mula langkah kanan acara berpasukan
Malaysia memulakan rentak cemerlang acara berpasukan kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas mudah menewaskan Brunei 3-0 pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan C.
'Allah tolong kami dalam gelanggang'
Kejayaan itu sememangnya sukar untuk diucapkan dengan kata-kata apatah lagi lawan yang ditumbangkan boleh dianggap raja sepak takraw dunia.
PM Anwar ucap tahniah kepada pasukan sepak takraw Malaysia
Satu pencapaian yang membanggakan dan luar biasa, kata Perdana Menteri sambil mengucapkan tahniah kepada pasukan sepak takraw negara.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia lakar sejarah rangkul juara acara double
Skuad negara mencipta sejarah tersendiri selepas menjuarai acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan menjinakkan seteru utama Thailand 2-0.
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Malaysia, Thailand buat perhitungan di final double, regu
Skuad negara berjaya mencapai sasaran layak ke final acara regu dan double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Malaysia buat perhitungan dengan Korea Selatan di suku akhir
Aidil Aiman menunjukkan semangat yang tinggi apabila tetap mahu diturunkan walaupun masih dalam proses pemulihan susulan gastrik.
Farhan idam Piala Dunia selepas lebih 15 tahun dalam skuad kebangsaan
Selepas lebih 15 tahun berada dalam skuad kebangsaan, Farhan Adam atau lebih mesra dengan panggilan Emon memasang impian besar untuk menjulang Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di hadapan peminat tanah ai
21 negara sahkan slot untuk Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sebanyak 21 negara telah mengesahkan slot untuk menyertai Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa pada 18 hingga 26 Mei ini.