awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jay Vine juara Tour Down Under walaupun terlibat kemalangan akibat kanggaru
Pekerja am maut langgar lori parkir tepi jalan
Agong berkenan kunjungi Kompleks Smolny di St Petersburg
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Man United cemerlang di Emirates, Amad sindir Arsenal hanya harap sepakan sudut

Sinar Harian
Sinar Harian
25/01/2026
23:35 MYT
EPL: Man United cemerlang di Emirates, Amad sindir Arsenal hanya harap sepakan sudut
Amad Diallo meraikan bersama Michael Carrick selepas tamat perlawanan EPL antara Arsenal dan Manchester United di Stadium Emirates, London, Britain, 25 Jan 2026. REUTERS
ARSENAL 2-3 MAN UTD

Ringkasan AI
  • Manchester United menang 3-2 ke atas Arsenal di Stadium Emirates, namun tumpuan selepas perlawanan tertumpu kepada gelagat Amad Diallo yang mencuri perhatian di media sosial.
  • Kekalahan itu memberi kesan kepada Arsenal yang kini gagal meraih kemenangan dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), menjejaskan kempen kejuaraan mereka.
  • Amad Diallo beraksi hampir 90 minit sebelum dibawa keluar, berbalas sindiran penyokong Arsenal dengan ungkapan sinis, “Enjoy, kid” dan “Be humble, kid”, menimbulkan reaksi pelbagai pihak serta mengundang perbandingan dengan insiden Erling Haaland dan Gabriel Maghalhaes sebelum ini.

AKSI dramatik di Stadium Emirates berakhir dengan kemenangan manis buat Manchester United, namun tumpuan selepas perlawanan turut terarah kepada gelagat Amad Diallo yang mencuri perhatian di media sosial.
Pemain sayap muda itu tidak melepaskan peluang mengusik penyokong Arsenal selepas United bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan tuan rumah 3-2, sekali gus mencatat kemenangan kedua berturut-turut di bawah kendalian Michael Carrick.
Kekalahan itu menjadi tamparan buat Arsenal yang kini berdepan tempoh sukar apabila gagal meraih kemenangan dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus memberi kesan kepada kempen kejuaraan mereka.
Amad yang beraksi hampir 90 minit sebelum dibawa keluar pada minit ke-88, dilihat meluangkan masa berbalas komen dengan penyokong di platform X sejurus tamat perlawanan.
Sindiran itu bermula apabila seorang penyokong Arsenal meramalkan kemenangan besar 4-0 buat pasukan kesayangannya, sebelum Amad membalas ringkas dengan nada sinis, “Enjoy, kid.”
Teguran balas daripada penyokong berkenaan tidak menghalang Amad untuk meneruskan usikan apabila dia menambah: “Harapan kamu cuma sepakan sudut. "Be humble, kid," yang jelas mengundang reaksi pelbagai pihak.
Ungkapan “be humble” itu mengimbau kembali episod membabitkan penyerang Manchester City, Erling Haaland yang pernah mencetuskan kontroversi dengan kenyataannya terhadap pertahanan Arsenal, Gabriel Maghalhaes pada musim lalu.
Isu berkenaan sebelum ini dibalas penyokong dan pemain Arsenal dalam perlawanan timbal balik yang dimenangi pasukan London Utara itu dengan jaringan besar, sebelum pengendali mereka, Mikel Arteta mengingatkan pemain agar tidak melayan provokasi dan kekal fokus kepada permainan.
Kali ini, peranan ‘penyindir’ beralih tangan, dengan Amad menjadi watak utama selepas United meninggalkan Emirates dengan tiga mata berharga. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#EPL
#Manchester United
#Amad Diallo
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan