awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambil ikhtibar pegawai, pemain NSFC positif COVID-19 - Faizal Azumu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/10/2021
02:25 MYT
Ambil ikhtibar pegawai, pemain NSFC positif COVID-19 - Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun berharap kemeriahan Piala Malaysia yang sedang berlangsung akan diteruskan. - Foto BERNAMA
IPOH: Semua pihak yang terlibat dengan sukan diminta mengambil ikhtibar daripada kes 24 pegawai dan pemain bola sepak Negeri Sembilan FC (NSFC) dijangkiti COVID-19.
Dalam masa sama, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) diminta mematuhi prosedur yang telah ditetapkan sekiranya berlaku jangkitan wabak berkenaan.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun berharap kemeriahan Piala Malaysia yang sedang berlangsung akan diteruskan.
"Ambil iktibar apa yang berlaku ini dan perlu perketatkan lagi SOP. Kerajaan telahpun menyiapkan SOP yang begitu ketat, namun yang akhirnya yang paling penting adalah SOP kendiri.
"Setiap kita mesti faham apa yang boleh, apa yang tidak boleh dilakukan kerana jika kita terjangkit, ianya boleh menjangkiti ramai lagi orang terdekat kita, orang yang tersayang dan ini akan merencatkan lagi usaha untuk kita buka semula negara kita dari segi dalam sektor ekonomi, sukan dan sebagainya," katanya.
Beliau ditemui selepas melepaskan peserta program berbasikal sempena Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat Parlimen Tambun bagi merebut Peja Trophy 2021 di Kampung Manjoi, Ipoh, pada Ahad.
Pada Jumaat NSFC mengesahkan sejumlah empat pegawai dan 20 pemain pasukan itu dijangkiti COVID-19.
BACA: COVID-19: NSFC akur tidak dapat teruskan saingan Piala Malaysia
BACA: 24 pemain, pegawai Negeri Sembilan FC dilapor positif COVID-19
Ekoran daripada itu, kesemua mereka sedang menjalani kuarantin wajib di rumah serta dipantau selama 10 hari oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Topic Berkaitan
#COVID-19
#bola sepak
#NFSC
#Piala Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan