KEUPAYAAN Carlo Ancelotti untuk membentuk pasukan yang mampu memenangi trofi menjadikannya sebagai "pelantikan sempurna" buat Everton, menurut pengarah bola sepak kelab itu, Marcel Brands.
Pencarian Everton untuk melantik seorang pengurus baru sejak dua minggu lalu secara rasminya dimuktamadkan pada Sabtu dengan pengesahan ketibaan Ancelotti menerusi perjanjian empat setengah tahun.
Pengurus berusia 60 tahun itu yang hadir untuk menggantikan Marco Silva di Goodison Park, kembali memegang jawatan hanya 11 hari selepas dipecat oleh Napoli ekoran masalah di luar lapangan selain membuat permulaan yang buruk dalam saingan Serie A musim ini.
Pengurus berbangsa Itali itu yang pernah menguruskan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea dengan meraih gelaran liga dan Piala FA pada 2010 -- meneruskan tradisinya menjulang gelaran dalam kerjaya kejurulatihannya yang merangkumi tiga kejayaan Liga Juara-Juara (UCL).
Dia telah melatih dalam setiap satu daripada lima liga teratas di Eropah, justeru Everton percaya pelantikan Ancelotti dengan kontrak jangka panjang boleh dianggap sebagai rampasan kuasa bagi pasukannya.
"Berikutan proses yang ketat yang dilakukan oleh semua pengarah kami, kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Carlo Ancelotti ke Everton," katanya kepada laman sesawang The Toffees.
"Dia adalah salah seorang pengurus terbaik dalam dunia bola sepak dan juara yang terbukti setelah mencapai kejayaan luar biasa dalam setiap liga utama di Eropah.
"Dia merupakan pelantikan sempurna bagi kami, dia memandang visi kami terhadap kelab ini dan kami yakin semangatnya untuk membimbing Goodison di samping dengan kemampuan taktikal dan pengurusan manusianya yang terkenal akan membuatkannya berjaya dalam peranan ini."
Unai Emery, Vitor Pereira dan Rafael Benitez sempat dikaitkan dengan tugasan kerusi panas itu tetapi Brands mengatakan Ancelotti merupakan pilihan pertama yang tidak diragui.
"Ini merupakan keputusan yang jelas dan menarik bagi ahli lembaga pengarah," katanya. "Ia adalah pilihan sebulat suara dan kami semua bersatu sepenuhnya untuk membulatkan keputusan.
"Carlo telah membuktikan kredibilitinya untuk membina pasukan yang memenangi trofi dan kami berkongsi kegembiraan ini dengan peminat kami berhubung prospeknya untuk mengemudi pasukan kami pada tahun-tahun yang akan datang. Kami menaruh harapan tinggi untuk bekerjasama."
Astro Arena
Sun Dec 22 2019
Carlo Ancelotti (kiri) sewaktu menonton perlawanan EPL antara Everton dan Arsenal di Goodison Park, Liverpool, England, 21 Dis, 2019. (Foto AP)
Mohon secara rasmi jika mahu perkongsian strategik dengan MOT, JPJ - Loke
MOT tidak menolak perkongsian strategik dengan mana-mana pihak ketiga atau swasta untuk melakukan perkhidmatan bagi pihak agensi di bawah kementerian itu.
Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka
Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, kebun, belukar dan sampah direkodkan di Kelantan bermula Januari hingga Isnin lepas (6 Mei).
Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’
Selangor FC berkata, keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman.
Malaysia dijangka tarik lebih banyak aliran masuk asing daripada pewarisan harta di Asia bernilai AS$1.9 trilion - SC
Malaysia dijangka dapat menarik lebih banyak aliran masuk asing dengan jangkaan pewarisan harta yang lebih besar daripada golongan berusia kepada generasi lebih muda di Asia.
KPN tidak cadang wujud talian 24 jam baharu tangani isu hina agama selain Islam
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tidak bercadang untuk mewujudkan satu talian 24 jam baharu mengendalikan aduan berkaitan penghinaan terhadap mana-mana agama selain agama Islam.
Masyarakat perlu bangkit, beri tekanan kepada Israel - Nurul Izzah
Semua lapisan masyarakat harus bangkit dan memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan kepada warga Gaza.
Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im
Ulama, pemimpin dan saintis Islam perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat perpaduan ummah dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul dalam masyarakat.
SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
AWANI Ringkas: Pengasingan kuasa Peguam Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mari sama-sama pulih imej bola sepak negara - Hamidin
Permasalahan yang timbul sehingga dilihat mampu menggugat imej bola sepak negara itu perlu diatasi segera semua pihak.
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.