Desas desus mengenai status bekas bintang Selangor, Andik Vermansyah yang dikatakan bakal berkhidmat bersama Kedah, akhirnya terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengesahkan perkara itu.
Melalui kenyataan di laman Facebook rasmi KFA, pemain muda berusia 26 tahun itu yang menjadi rebutan enam kelab liga di Indonesia berjaya diikat selama setahun sekali gus mengisi slot kuota import ASEAN bagi skuad Hijau Kuning.
"Pengesahan kontrak dan pendaftaran beliau dimaklumkan oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) petang tadi selepas proses termeterainya kontrak dan pemeriksaan perubatan diselesaikan semalam di Alor Setar," menurut kenyataan itu.
Andik akan menyarung jersi bernombor 30 musim ini dan akan memulakan latihan pertamanya bersama rakan sepasukan di Stadium Sultan Abdul Halim esok.
Empat lagi pemain import Kedah ketika ini ialah Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva, Alvaro Silva dan Pablo Pallares.
--BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2018
Andik (tengah) bersama kakitangan KFA. - Facebook @harimaumalayadotcom
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Andik Vermansyah sah bersama Kedah
Desas desus mengenai Andik Vermansyah yang dikatakan bakal berkhidmat bersama Kedah, akhirnya terjawab apabila KFA mengesahkan perkara itu.