awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Annuar kesal tindakan FAM dalam pembahagian kutipan tiket Piala FA

Bernama
Bernama
25/09/2015
15:21 MYT
Annuar kesal tindakan FAM dalam pembahagian kutipan tiket Piala FA
Annuar yang juga bekas timbalan presiden FAM mendakwa FAM sendiri sudah mengambil RM1 juta atas nama levi dan lain-lain. - Gambar Fail
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa kecewa dengan tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung pembahagian hasil kutipan tiket perlawanan akhir Piala FA.
Beliau berkata daripada RM3 juta hasil jualan tiket, belum termasuk tajaan dan hak penyiaran, Kelantan hanya menerima RM600,000.
"Kelantan yang membantu menjual 90 peratus daripada tiket tapi kami hanya dapat jumlah itu sahaja selepas semua pihak lain mendapat bahagian masing-masing," katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya hari ini.
Annuar yang juga bekas timbalan presiden FAM mendakwa FAM sendiri sudah mengambil RM1 juta atas nama levi dan lain-lain.
Lebih mendukacitakan apabila pasukan jemputan, Lions XII menerima jumlah yang lebih besar.
“Dalam perjanjian persefahaman antara FAM dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), pasukan jemputan tidak sepatutnya menerima hadiah wang tunai kecuali bayaran sagu hati.
“Kelantan terpaksa berhabis beratus ribu ringgit setiap kali layak ke pusingan akhir dan Singapura tidak melakukan sesuatu untuk menjayakan perlawanan akhir itu,” katanya.
Beliau turut mempertikaikan beberapa lagi tindakan FAM termasuk mengurangkan jumlah hadiah Piala FA.
Pada saingan akhir Piala FA Mei lalu, Kelantan tewas 1-3 kepada Lions XII di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Kekalahan itu menyaksikan buat kali pertama piala berkenaan dimenangi pasukan dari seberang tambak Johor sejak ia diperkenalkan pada 1990.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Facebook
#Persatuan Bola Sepak Kelantan
#Persatuan Bola Sepak Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan