awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh bot nelayan Filipina ditahan, ceroboh perairan Pulau Balambangan
Diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2026
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Annuar tetap tanding jawatan Presiden FAM

Bernama
Bernama
10/02/2017
04:46 MYT
Annuar tetap tanding jawatan Presiden FAM
ANNUAR: Dalam bola sepak integriti saya tercabar.
Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa kekal dengan keputusan untuk bertanding jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres FAM, 25 Mac ini.
Beliau berkata keputusan itu dibuat bukan berkaitan merebut kerusi nombor satu itu semata-mata sebaliknya ingin mempertahan integriti dan rekod kepimpinannya sebagai timbalan presiden FAM sebelum ini.
"Dalam bola sepak integriti saya tercabar dan dalam pertandingan ini saya mempunyai pendirian saya sendiri.
"Saya orang politik, harga diri saya ialah integriti dan khidmat saya, apabila harga diri saya itu dicabar maka saya perlu mempertahankannya," katanya kepada pemberita ,di sini malam tadi.
Annuar menjadi orang pertama mengesahkan pencalonan untuk merebut jawatan presiden FAM bagi penggal 2017 hingga 2021, setelah menerima borang pengesahan daripada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, Isnin lepas.
Selain Annuar, tiga nama lain yang dicalonkan ialah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Aseh Che Mat.
Senarai akhir calon akan dibentang kepada Exco FAM pada 20 Feb ini bagi menentukan calon yang layak bertanding pada kongres bagi memilih barisan kepemimpinan bagi penggal 2017-2021.
Annuar ketika ini digantung daripada jawatan sebagai pengerusi Mara dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) bagi membolehkan audit dalaman Mara menyiasat beberapa perkara termasuk penajaan PMB dan UniKL untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors.
Dalam pada itu, beliau berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut menyiasatnya, segera menyiapkan siasatan.
"Saya berharap penyiasatan itu segera diselesaikan dan mendapat apa sahaja perkhabaran (keputusan) daripada pihak SPRM. Semua pihak perlu bertenang dan perlu memberi kerjasama sebaik mungkin atas apa-apa yang diminta oleh SPRM," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#bola sepak
#Presiden FAM
#tanding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan