awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anuar terkilan tiada wakil lebuh raya di Rio

Astro Arena
Astro Arena
09/03/2016
12:00 MYT
Anuar terkilan tiada wakil lebuh raya di Rio
ANUAR: Saya tidak hampa kerana masih ada banyak lagi kejohanan lain. - Foto Bernama
PELUMBA berbasikal lebuh raya negara Anuar Manan tidak berselindung di sebalik rasa terkilan tidak ada wakil skuad itu di Olimpik Rio 2016.
Pada tahun 2012, Malaysia merupakan pasukan ketiga terbaik Asia menerusi pungutan mata daripada skuad kebangsaan dan pro benua termasuk pencapaian Anuar bersama Terengganu Cycling Team (TSG).
Kedudukan di Asia itu membolehkan Malaysia menghantar dua wakil ke Olimpik London dengan Adiq Hussaine Othman dan Amir Mustafa Rusli mendapat mandat daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk membawa cabaran Malaysia.
Bukan sahaja skuad lebuh raya gagal ke Rio, malah Malaysia kini hanya berada di ranking ke-12 Asia.
Pertukaran pengurusan TSG serta penggantungan sebulan dikenakan terhadap PKBM pada Oktober 2014 antara faktor memberi kesan terhadap senario ini.
"Sebelum ini kita boleh hantar dua wakil tetapi tahun ini agak kecewa. Namun saya tidak hampa kerana masih ada banyak lagi kejohanan lain," jelas Anuar.
Bagi Anuar, kegagalan ini tamparan hebat buat pelumba negara kerana penampilan di Olimpik lebih berharga daripada wang ringgit.
Pada usia 29 tahun, ikon basikal lebuh raya ini masih mengimpikan tiket ke Olimpik Tokyo 2020.
"Masa itu baru kita boleh buktikan kita tidak ketinggalan dalam bidang sukan contohnya basikal, kerana ketika ini sukan berbasikal lebuh raya agak lemah," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Anuar Manan
#Olimpik Rio
#pelumba basikal lebuh raya
#wakil ke olimpik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan