awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik

Bernama
Bernama
05/02/2026
22:40 MYT
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Pengarah Urusan AEON Credit Service Daisuke Maeda menyampaikan anugerah kepada Hafizh Syahrin pada Majlis Malam Anugerah Persatuan Sukan Permotoran Malaysia 2025 di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelumba JDT Racing Team Hafizh Syahrin Abdullah dinobatkan sebagai Pelumba Antarabangsa Terbaik pada Malam Anugerah Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) 2025 di sini semalam.
Memasuki edisi kelima, anugerah tersebut turut mengiktiraf penunggang Honda Racing Malaysia Azroy Hakeem Anuar sebagai Pelumba Kebangsaan Terbaik, manakala juara Kejohanan Superbike Sepanyol (ESBK) 2025 Qabil Irfan Azlan merangkul gelaran Penunggang Muda Terbaik.
Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Dr K. Nagulendran serta Presiden MAM Tan Sri Mokhzani Mahathir.
Dalam ucapannya, Mokhzani berkata anugerah berkenaan bukan sahaja kejayaan kepada pemenang, tetapi juga pengiktirafan terhadap disiplin, ketahanan dan profesionalisme di setiap peringkat dalam sukan permotoran.
"Dengan pengembangan kepada 30 kategori anugerah, kami memastikan setiap laluan, daripada pembangunan akar umbi sehingga ke kejohanan antarabangsa, diiktiraf dan dihargai.
"Platform ini mencerminkan sejauh mana sukan permotoran Malaysia telah maju, serta hala tuju yang sedang dihadapi," katanya.
Berikut senarai penuh pemenang Anugerah MAM 2025:
  1. Pelumba Underbone Kebangsaan Terbaik - Ahmad Afif Amran
  2. Pelumba Underbone Antarabangsa Terbaik - Ahmad Afif Amran
  3. Pelumba Kebangsaan Terbaik - Azroy Hakeem Anuar
  4. Pelumba Antarabangsa Terbaik - Hafizh Syahrin Abdullah
  5. Pelumba Wanita Terbaik - Saidatul Zakirah Zairin
  6. Pelumba Muda Terbaik - Qabil Irfan Azlan
  7. Pasukan 2-Wheel Kebangsaan Terbaik - Petronas Sprinta Yamaha - CKJ Racing
  8. Pasukan 2-Wheel Antarabangsa Terbaik - Idemitsu Honda Racing Malaysia
  9. Peserta E-Motorsports Terbaik - Naquib Nor Azlan
  10. Pelumba Drift Terbaik - Kuah Ming Hui
  11. Pemandu Gymkhana Kebangsaan Terbaik - Stella Sigi
  12. Pelumba Kart Kebangsaan (Kadet) Terbaik - Aydrae Amit Janardhan Logan
  13. Pelumba Kart Kebangsaan (Junior) Terbaik - Slabbert Mika Francois
  14. Pelumba Kart Kebangsaan (Senior) Terbaik - Zarief Rayqal Fahruddin
  15. Pemandu Kebangsaan Terbaik - Aaron Hakim Mohamad Haikal
  16. Pemandu Antarabangsa Terbaik - Naquib Nor Azlan
  17. Pemandu Wanita Terbaik - Kuah Ming Hui
  18. Pemandu Muda Terbaik - Slabbert Mika Francois
  19. Pasukan 4-Wheel Terbaik Kebangsaan - HIREV Dream Chaser
  20. Pasukan 4-Wheel Terbaik Antarabangsa - Wing Hin Motorsports
  21. Laporan Terbaik (Media Elektronik) - Norsyafarina Nasrom (Astro Arena)
  22. Laporan Terbaik (Dalam Talian/Media Sosial) - Mohd Hilmie Hussin (Flash Sukan)
  23. Laporan Terbaik (Media Cetak) - Muhammad Riduan Mohd Hanafiah (Kosmo)
  24. Foto Terbaik - Muhammad Afiq Azlan (Two Wheels Media)
  25. Penganjur Terbaik - Kelab Sukan Bermotor Pulau Pinang
  26. Anugerah Wanita Cemerlang dalam Sukan Permotoran - Mashithah Hashim
  27. Atlet Paling Memberi Inspirasi - Hakim Danish Ramli
  28. Anugerah Kecemerlangan Industri - RCB
  29. Ikon Sukan Permotoran Malaysia - Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel
  30. Dewan Kemasyhuran Sukan Permotoran Malaysia
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sukan permotoran
#Pelumba Antarabangsa Terbaik
#Hafizh Syahrin Abdullah
#Anugerah MAM 2025
#Pelumba Kebangsaan Terbaik
#Azroy Hakeem Anuar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan