KUALA LUMPUR:Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019 akan dibawa ke tahun 2021 bersama-sama dengan penganjuran ASN 2020 berikutan penularan pandemik COVID-19, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Perkembangan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan turut dihadiri hampir kesemua ahli lembaga pengurus secara dalam talian, semalam.
Ahmad Shapawi berkata kebiasaannya anugerah itu yang mengiktiraf pencapaian atlet yang telah mengharumkan nama negara di persada dunia akan berlangsung pada bulan Mac atau April setiap tahun, namun ia terpaksa ditangguh susulan keadaan semasa.
"Keputusan ini juga mengambil kira keadaan semasa sepanjang 2020 di mana hampir keseluruhan tahun ini tidak ada pertandinan besar dianjurkan, jadi akibat daripada keadaan ini lembaga pengurus memutuskan anugerah sukan negara 2019 dan anugerah 2020 akan disatukan pada tahun 2021 nanti.
"Dengan keputusan itu, bermakna atlet yang telah dicalonkan persatuan sukan kebangsaan bagi anugerah 2019 akan kita bawa sehingga ke 2021 sekali dengan penganjuran edisi ASN 2020," katanya kepada Bernama, hari ini.
Beliau berkata ia satu keputusan yang wajar dalam keadaan semasa dan berharap penganjuran anugerah itu pada 2021 dapat dilaksanakan dalam suasana lebih baik berbanding jika diadakan tahun ini.
"Sekiranya kita anjurkan ASN 2019 pada tahun ini dalam keadaan pandemik COVID-19 yang tidak membolehkan kita berkumpul dan berhimpun bersama komuniti sukan secara beramai-ramai, ia tidak memberi satu makna yang agak besar kepada mereka yang telah mencapai kejayaan," kata beliau.
Jaguh tenpin boling negara Muhammad Rafiq Ismail dan atlet gimrama negara Amy Kwan Dict Weng masing-masing dipilih selaku Olahragawan Kebangsaan dan Olahragawati Kebangsaan pada ASN 2018.
Sementara itu, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Siti Noor Iasah Mohd Ariffin dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 20 2020
Muhammad Rafiq dan Amy masing-masing dipilih selaku Olahragawan Kebangsaan dan Olahragawati Kebangsaan pada ASN 2018. -Gambar fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Anugerah Sukan Negara 2019/2020 ditangguh
Azizulhasni Awang dan ratu terjun Datuk Pandelela Rinong antara calon popular yang tersenarai bagi merebut anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan.
Anugerah Sukan Negara 2019 dan 2020 dibawa ke 2021
Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019 akan dibawa ke tahun 2021 bersama-sama dengan penganjuran ASN 2020.
Muhammad Rafiq, Amy Kwan Olahragawan dan Olahragawati 2018
Muhammad Rafiq muncul pemain boling lelaki ketiga diberikan pengiktirafan sedemikian selepas kali terakhir atlet sukan boling diangkat sebagai Olahragawan pada 1984 menerusi, Michael Chuah.
Khairy mahu atlet negara kekalkan prestasi cemerlang di peringkat dunia
Khairy menerusi ucapannya pada majlis Anugerah Sukan Negara malam tadi memuji pelbagai kejayaan yang diraih atlet negara sepanjang saingan tahun lalu.
Gelaran Olahragawan Kebangsaan lonjak semangat Mohd Azizulhasni
'The Pocket Rocketman' yang muncul sebagai juara dunia acara keirin pada Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017 di Hong Kong berkata pengiktirafan tersebut memberinya motivasi.
Sultan Ahmad Shah dinobat tokoh Sukan ASN 2017
Sumbangan baginda sejak mengemudi badan induk itu pada 1984 tidak dapat dinafikan selepas kejayaan demi kejayaan berjaya diraih skuad kebangsaan sehingga menduduki ranking ke-79 dunia.
ASN 2017: Azizulhasni, Jun Hoong tepati ramalan
Pelumba berusia 30 tahun dari Dungun, Terengganu yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman terus diberikan pengiktirafan selepas beraksi cemerlang pada tahun lepas.
Penerima Anugerah Sukan Negara diharap jadi pencetus inspirasi kepada atlet pelapis
Perjuangan atlet negara bukan hanya untuk diri sendiri, sebaliknya mereka berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia di persada sukan tempatan dan antarabangsa.
Mohd Al-Jufferi, Pandelela dipilih Olahragawan, Olahragawati Negara
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Felicia Mikat pula dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan 2015.
Chong Wei, Pandelela dinobat Olahragawan & Olahragawati Kebangsaan
Jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei dan ratu terjun Pandelela Rinong dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan.