awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar beri sumbangan kepada Kenneth Low

Bernama
Bernama
14/09/2023
11:51 MYT
Anwar beri sumbangan kepada Kenneth Low
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan melalui Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi Kenneth di Wangsa Maju, hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada jaguh skuasy negara Kenneth Low yang dipercayai mengalami multiple sclerosis, penyakit kronik berkaitan dengan saraf.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan melalui Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi Kenneth di Wangsa Maju, di sini hari ini.
"Semoga beliau (Kenneth) diberikan kekuatan dan kesembuhan dengan segera," katanya.
Turut sama menziarahi Kenneth ialah Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed dan Presiden Mutliracial Revert Muslims Firdaus Wong.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan Kenneth yang pernah menduduki ranking keempat di Asia dan ke-38 di dunia, bekerja sebagai tukang cuci, hidup dalam kesusahan dan mengalami masalah kesihatan.
Beliau dipercayai mengalami strok sehingga menyebabkan masalah koordinasi dan kemahiran motor, ketidakupayaan kognitif dan gangguan ingatan jangka pendek, selain tidak mempunyai wang untuk melakukan ujian bagi menentukan tahap kerosakan pada otaknya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kenneth Low
#jaguh skuasy negara
#sumbangan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Setiausaha Politik PM Ahmad Farhan Fauzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan