awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APG: Fraidden Dawan sumbang emas pertama Malaysia di Phnom Penh

Bernama
Bernama
04/06/2023
04:35 MYT
APG: Fraidden Dawan sumbang emas pertama Malaysia di Phnom Penh
Pemenang pingat emas APG edisi lepas di Solo, Indonesia itu tidak berdepan masalah untuk mengesahkan emas menerusi catatan 4 minit 52.60 saat. -Bernama
PHNOM PENH: Perenang para negara, Fraidden Dawan nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menghadiahkan emas pertama Malaysia di Sukan Para ASEAN (APG) ke-12 hari ini.
Atlet berusia 36 tahun berasal dari Bintulu, Sarawak itu mempamerkan aksi luar biasa untuk menjuarai acara 400 meter (m) gaya bebas S10 (kecacatan anggota kaki) lelaki di Pusat Akuatik, Stadium Morodok Techo, di sini.
Pemenang pingat emas APG edisi lepas di Solo, Indonesia itu tidak berdepan masalah untuk mengesahkan emas menerusi catatan 4 minit 52.60 saat.
Beliau cemerlang meninggalkan pesaing dari Indonesia, Tangkilisan Steven Sualang yang merekodkan 5:12.81s untuk meraih pingat perak dan perenang Vietnam, Van Vinh Quach di kedudukan ketiga dengan 5:23.30s.
Terdahulu, seorang lagi perenang negara Rusdianto Rusmadi meraih pingat perak menerusi acara 400m Gaya Bebas S8 (kecatatan anggota kaki) dengan catatan 5:50.54s.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perenang para negara
#APG
#Fraidden Dawan
#emas pertama Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan