awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Argentina tuan rumah B-20 ganti Indonesia

Sinar Harian
Sinar Harian
18/04/2023
02:40 MYT
Argentina tuan rumah B-20 ganti Indonesia
Presiden FIFA, Gianni Infantino gembira dengan kesediaan Argentina itu. - Foto fail/AP
ARGENTINA akan mengambil alih tempat Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) pada 20 Mei sehingga 11 Jun depan.
Pengumuman itu dibuat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Selasa.
Dengan menjadi penganjur, Argentina turut mengambil bahagian mengisi tempat Indonesia.
Pasukan itu gagal layak berdasarkan merit.
Presiden FIFA, Gianni Infantino gembira dengan kesediaan Argentina itu.
"FIFA mengumumkan edisi Piala Dunia B-20 akan berlangsung di Argentina selepas juara dunia membuka pintunya kepada bintang bola sepak dunia masa hadapan," katanya.
FIFA pada bulan lalu menarik hak penganjuran daripada Indonesia selepas tercetus bantahan ke atas penyertaan Israel pada kejohanan tersebut.
Indonesia dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik serta memberikan sokongan padu kepada perjuangan rakyat Palestin.
Artikel Berkaitan: Masa terbaik Shereen tuai hasil Masters Malaysia tumpuan 10 terbaik dunia Sukan SEA: Jing Xuen, Nateeshvar sandaran podium Argentina menawarkan diri untuk menjadi pengganti.
FIFA melakukan lawatan dan pemeriksaan ke atas fasiliti di negara itu minggu lalu.
Undian bakal berlangsung di Zurich pada Jumaat ini.
Kerajaan Argentina sebelum itu melahirkan sokongan penuh kepada bidaan tuan rumah oleh Persekutuan Bolasepak Argentina (AFA) biarpun negara itu berdepan kekangan ekonomi.
Juara dunia Argentina adalah pasukan paling banyak menjuarai Piala Dunia B-20 iaitu sebanyak enam kali. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Gianni Infantino
#FIFA
#Piala Dunia Bawah 20 Tahun
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan