awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arif Aiman, Endrick terlepas aksi bertemu Hong Kong

Sinar Harian
Sinar Harian
26/03/2023
10:22 MYT
Arif Aiman, Endrick terlepas aksi bertemu Hong Kong
Pan-gon turut menjelaskan, tiada pemain baharu akan dipanggil mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh kedua-dua pemain itu. - FAM
PEMAIN sayap, Arif Aiman Mohd Hanapi dan pemain tengah, Endrick Dos Santos disahkan tidak akan beraksi dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong pada Selasa ini.
Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berkata, kedua-dua pemain itu telah dilepaskan dari kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selepas mengalami kecederaan.
"Dengan situasi terkini itu, Arif Aiman dan Endrick sah tidak dapat diturunkan untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Hong Kong pada Selasa.
"Pegawai dan pasukan perubatan FAM sentiasa mengutamakan kesihatan serta keselamatan pemainnya dan telah bersetuju untuk melepaskan Arif Aiman dan Endrick ​​dari kem latihan pusat ini supaya mereka dapat kembali pada tahap kesihatan terbaik selepas ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sebelum ini, ketiadaan Arif Aiman menimbulkan tanda tanya selepas tiada dalam senarai pemain ketika menentang Turkmenistan selain kelibatnya tidak kelihatan dalam sesi latihan.
Pan-gon turut menjelaskan, tiada pemain baharu akan dipanggil mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh kedua-dua pemain itu.
"Dengan ketiadaan Arif Aiman dan Endrick, baki 25 pemain lain akan meneruskan kem latihan pusat ini dan tiada penambahan pemain baharu," katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Arif Aiman Mohd Hanapi
#harimau Malaya
#Endrick dos Santos
#lawan Hong Kong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan