awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arif Aiman tidak jalani latihan bersama Harimau Malaya

Bernama
Bernama
26/03/2023
07:58 MYT
Arif Aiman tidak jalani latihan bersama Harimau Malaya
Ketiadaan Arif Aiman menyaksikan hanya 26 pemain kembali menyertai sesi latihan pasukan selama hampir dua jam yang bermula 10 malam. - Fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Keberadaan dan status pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi menjadi misteri selepas beliau tidak bersama pasukan negara yang menjalani latihan di Pusat Latihan Johor Darul Ta'zim (JDT), Padang Mawar di Pasir Gudang malam tadi.
Berdasarkan pemerhatian Bernama, ketiadaan Arif Aiman menyaksikan hanya 26 pemain kembali menyertai sesi latihan pasukan selama hampir dua jam yang bermula 10 malam.
Sesi latihan bermula lewat bagi menghormati bulan Ramadan itu sebahagian daripada persiapan skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon menjelang aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 kedua bertemu Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Selasa depan.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sehingga kini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung "misteri" ketiadaan Arif Aiman dalam sesi latihan malam tadi.
Kebiasaannya, faktor kecederaan dengan pengesahan doktor pasukan antara alasan yang membenarkan seseorang pemain itu diketepikan daripada tugasan bersama skuad kebangsaan pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA.
Sebelum ini, Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 dan 2022 itu tidak berada dalam skuad bimbingan Pan Gon ketika Malaysia menewaskan Turkmenistan 1-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Khamis lepas.
Rabu lepas, Pan Gon pada sidang media praperlawanan menentang Turkmenistan mengesahkan kesemua 27 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di sini berada pada tahap kecergasan terbaik dan sedia diturunkan.
Kali terakhir Arif Aiman menyarung jersi pasukan negara ialah ketika kempen Piala Raja Thailand September tahun lepas, yang menyaksikan Malaysia muncul naib juara selepas tewas semasa final kepada Tajikistan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arif Aiman
#harimau Malaya
#pasukan kebangsaan
#Kim Pan Gon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan