awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
Kes rasuah Tentera Darat: SPRM kesan beberapa individu lain terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arsenal berduka tunduk kepada Newcastle

Sinar Harian
Sinar Harian
02/11/2024
23:45 MYT
Arsenal berduka tunduk kepada Newcastle
Alexander Isak (kiri) menjaringkan gol pertama melepasi penjaga gol Arsenal David Raya ketika perlawanan EPL antara Newcastle United dan Arsenal di St James' Park, Newcastle, Britain, 2 Nov 2024 . - REUTERS
PELUANG Arsenal untuk cuba merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini menerima tamparan hebat selepas tewas kepada Newcastle United 0-1 di Stadium St James Park pada Sabtu.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan pendahulu EPL, Manchester City berpeluang untuk mendahului lapan mata daripada Gunners di puncak liga.
Alexander Isak menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-12, menanduk masuk hantaran lintang Anthony Gordon dari sebelah kanan.
The Gunners bergelut untuk cuba bangkit dan walaupun menguasai penguasaan bola, mereka hanya menghasilkan satu percubaan tepat ke gawang Newcastle sepanjang perlawanan.
Skuad kendalian Mikel Arteta itu kini hanya mengutip satu mata dalam tiga perlawanan terakhir mereka.
Jika juara bertahan, City menang di Bournemouth dalam satu lagi perlawanan pada Sabtu, mereka akan berada di hadapan lapan mata daripada Gunners.
Liverpool pula yang berada satu mata di belakang City akan melayan kunjungan Brighton di Anfield.
Sebelum ini, Arsenal telah menjadi antara pasukan pencabar utama kepada City dalam dua musim terakhir.
Namun, untuk musim ini agak kurang menjadi buat pasukan itu dengan jurang mata yang semakin jauh dengan skuad kendalian Pep Guardiola. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#EPL
#Arsenal
#Manchester City
#Newcastle United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan