awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arsenal didenda kerana gagal kawal pemain sewaktu lawan City

Astro Arena
Astro Arena
07/01/2022
04:36 MYT
Arsenal didenda kerana gagal kawal pemain sewaktu lawan City
Kemarahan Arsenal kian memuncak selepas City diberikan sepakan penalti susulan terjahan Granit Xhaka ke atas Bernardo Silva. - Foto Astro Arena
ARSENAL didenda oleh Persatuan Bolasepak England (FA) gara-gara gagal mengawal kelakuan pemain sewaktu tewas 1-2 kepada Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu lalu.
Pendahulu EPL, City, meraih kemenangan saat-saat akhir hasil jaringan Rodri di Stadium Emirates pada hari sambutan tahun baru, dalam satu perlawanan yang dipenuhi ketegangan.
Arsenal berasakan mereka sepatutnya diberikan sepakan penalti selepas Ederson menjatuhkan Martin Odegaard dalam babak pertama dan kemarahan mereka kian memuncak selepas City pula diberikan sepakan penalti susulan terjahan Granit Xhaka ke atas Bernardo Silva.
Gabriel Magalhaes dilayangkan kad kuning berikutan ketegangan itu dan pertahanan tengah berkenaan kemudian dilayangkan kad kuning kedua berselang dua minit kerana pertelingkahannya dengan Gabriel Jesus.
Pemain Arsenal kemudian mengerumuni pengadil, Stuar Attwell, dan disebabkan itu, FA mengambil keputusan untuk mengenakan denda sebanyak £20,000 (RM113,930) ke atas mereka.
FA, dalam satu kenyataannya berkata Arsenal didenda kerana"gagal mengawal pemain mereka dengan cara yang teratur".
The Gunners dilaporkan menerima denda dan mengakui kesalahan itu dan ia bermakna, tiada sebarang rayuan dikemukakan buat hukuman berkenaan.
Topic Berkaitan
#Arsenal
#Manchester City
#bola sepak
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan