awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arsenal dihukum FA kerana gagal kawal pemain

Astro Arena
Astro Arena
13/01/2023
04:07 MYT
Arsenal dihukum FA kerana gagal kawal pemain
Pengadil, David Coote menolak rayuan pemain pelawat dan insiden itu tidak dikaji semula kerana VAR tidak digunakan.- Stadium Astro
ARSENAL telah didakwa oleh Persatuan Bola Sepak (FA) buat kali kedua dalam tempoh seminggu berikutan kemenangan pusingan ketiga Piala FA mereka di Oxford United.
Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu menewaskan kelab divisyen ketiga Oxford 3-0 di Stadium Kassam Isnin lalu menerusi jaringan Mohamed Elneny dan dua gol Eddie Nketiah.
Arsenal sebahagian besarnya kecewa pada separuh masa pertama yang berakhir tanpa jaringan, dan tidak gembira sepakan penalti tidak diberikan pada minit ke-34 apabila sepakan Nketiah terkena lengan Elliott Moore.
Pengadil, David Coote menolak rayuan pemain pelawat dan insiden itu tidak dikaji semula kerana VAR tidak digunakan.
FA mengumumkan semalam bahawa Arsenal telah didakwa akibat kelakuan pemain mereka.
"Arsenal telah didakwa melanggar Peraturan FA E20.1 semasa perlawanan menentang Oxford United dalam Piala FA pada Isnin 9 Januari 2023," satu kenyataan berbunyi.
"Arsenal didakwa gagal memastikan kelakuan pemainnya terkawal pada minit ke-34, dan kelab itu mempunyai masa sehingga Isnin 16 Januari 2023 untuk bertindak balas."
Regulation and Discipline update on @Arsenal: pic.twitter.com/mScJrlk2vL
— FA Spokesperson (@FAspokesperson) January 12, 2023
Arsenal dikenakan tindakan berasingan FA pada 6 Januari kerana gagal mengawal pemain mereka selepas rayuan penalti lewat dalam keputusan seri tanpa jaringan dengan Newcastle United.
Beberapa pemain mengepung pengadil, Andy Madley, apabila dia gagal memberikan sepakan penalti kerana bola terkena tangan Jacob Murphy pada masa kecederaan dalam aksi liga.
Mikel Arteta juga mendapat kritikan atas kelakuannya semasa perlawanan itu. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Arsenal didenda
#Piala FA
#Oxford United
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan