awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arsenal perlu menangi baki perlawanan EPL

Astro Arena
Astro Arena
02/03/2018
22:48 MYT
Arsenal perlu menangi baki perlawanan EPL
Ramsey enggan menyerah kalah dalam misi untuk layak ke saingan UCL dan berharap untuk mengakhiri musim ini dengan merangkul trofi Liga Europa. - Foto Astro ARENA
AARON Ramsey menyifatkan Arsenal perlu meraih kemenangan dalam baki 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk berpeluang mengakhiri saingan dalam kelompok empat teratas dan layak ke saingan Liga Juara-Juara (UCL).
Kekalahan 3-0 kepada Manchester City menyaksikan Gunners tewas tiga kali dalam empat perlawanan liga, menyaksikan mereka ketinggalan 10 mata di belakang penghuni tangga keempat, Tottenham.
Bagaimanapun, Ramsey enggan menyerah kalah dalam misi untuk layak ke saingan UCL dan berharap untuk mengakhiri musim ini dengan merangkul trofi Liga Europa (UEL).
"Kami masih belum menyerah kalah kerana secara matematik, kami masih mampu melakukannya," kata Ramsey.
"Masih berbaki 10 perlawanan jadi kami perlu memenangi kesemuanya.
"Ia adalah sasaran kami. Kami berharap untuk mengakhiri saingan dalam kelompok empat terbaik dan beraksi dalam saingan UCL."
Arsenal berkunjung ke Brighton and Hove Albion bagi aksi EPL pada Ahad, sebelum berdepan AC Milan dalam aksi pusingan kalah mati UEL.
Topic Berkaitan
#Aaron Ramsey
#Arsenal
#bola sepak
#EPL
#Liga Europa
#Liga Perdana Inggeris
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan