SUKAN
Arsenal tak pandang Newcastle sebelah mata

Reaksi Arteta ketika perlawanan EPL antara Arsenal dan Nottingham Forest di London, 13 Sept 2025. - Gambar fail/AP
PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta menegaskan Newcastle United kekal sebagai ancaman meskipun sudah tanpa khidmat penyerang utama, Alexander Isak menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium St James’s Park pada Ahad.
Isak kini bersama juara Liga Perdana Inggeris itu selepas melengkapkan perpindahan rekod Britain £125 juta (RM715 juta) dari Newcastle baru-baru ini.
Isak menandatangani kontrak selama enam tahun bersama The Reds selepas berjaya meyakinkan Newcastle menerima tawaran menjelang tarikh tutup jendela perpindahan.
Jelas Arteta, Newcastle berjaya menghadirkan tentangan sengit ketika berdepan gergasi La Liga Sepanyol, Barcelona biarpun tewas 1-2 di laman sendiri dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah pada 19 September lalu.“Eddie (Howe) dan barisan kejurulatihan yang berjaya mencipta suasana luar biasa di gelanggang sendiri serta identiti permainan yang jelas sehingga menjadikan perlawanan di sana amat sukar bagi setiap pasukan pelawat,” katanya.
Menurutnya, kelab London itu menyedari cabaran yang menanti di St James’s Park dan perlu tampil lebih berkesan berbanding kunjungan sebelum ini bagi meraih kemenangan.
“Kami akan bekerja ke arah itu kerana Newcastle akan tampil bermain dengan pantas dan intensiti tinggi.
“Kami perlu mendominasi perlawanan, bersedia menghadapi rentak pantas lawan dan meningkatkan kecekapan terutama pada dua aspek penting yang akan memberi mereka peluang terbaik untuk menang,” katanya.
INFO
LIGA PERDANA INGGERIS
AHAD (28 SEPTEMBER)
Tottenham lwn Wolves - Stadium Tottenham Hotspur, 3 pagi
Aston Villa lwn Fulham - Stadium Villa Park, 9 malam
Newcastle United lwn Arsenal - Stadium St James’ Park, 11.30 malam
SELASA (30 SEPTEMBER)
Everton lwn West Ham United - Stadium Hill Dickinson, 3 pagi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami